Pages

Saturday, December 31, 2011

step foward


imaginasi aku tahun ini mungkin realiti untuk tahun depan.
atau mungkin kekal sebagai mimpi.
apa yang perlu... USAHA

aku pernah fikir apa yang akan jadi pada dunia bila aku tak ada.
aku patut pikir apa jadi pada aku bila dunia tak ada sebenarnya...

*semoga dunia aku tahun depan lebih indah ya Tuhan

Thursday, December 29, 2011

kau pernah buat aku wujud


kau ambil hati aku
kau bawa lari
lepas puas kau cium
lepas bosan kau belai
kau mamah
kau pijak lumat 
kau sepak
jatuh bertabur dalam lumpur
lalu kau langkah pergi
aku teguh pandang tanpa toleh
kau lari pada dia

dan aku masih berdoa kau baik-baik saja
sekurang-kurangnya kau orang yang pernah nampak hati aku.

terima kasih kerana menjadikan aku bukan halimunan suatu masa dulu..

Thursday, December 22, 2011

shut the fuck up


aku tak tahu nak bezakan bila mana aku bijak dalam berbicara
dan bila mana pulak aku nampak sungguh bodoh.
yang paling membimbangkan aku dianggap sungguh annoying pada mereka-mereka yang mendengar.
tengok reaksi mereka, buat aku malu sendiri.

jadi, jangan salahkan aku kalau aku memilih untuk diam.
kerana itu mungkin lebih baek dari menyampuk.
tak memasal kena sepak!!!


*dan ada masanya aku lebih suka orang disekeliling aku diam

Saturday, December 17, 2011

Limit



kadang-kadang aku hilang sabar dengan manusia yang terlalu ingankan aku untuk berubah.
well, burubah dari buruk ke baik itu sememnagnya perlu.
tapi sumpah semak kalau aku perlu berubah jadi dia..!!


what so wrong being me??

Saturday, November 19, 2011

Nekad


Aku genggam tangan. Kejap, berpeluh.
Jantung mengepam laju. Nafas tersekat di kerongkong.
Fuhhhhhhh. aku hembus. Berat
Lega seketika.
Tapi keliru tetap tak mahu berlalu.
Degil, aku kata.
 
Kiri nak langkah, kanan kata undur
Otak masih ragu, hati kata mesti
Senyum, tapi masih tak tahu mana satu.
Untuk pisahkan yang tak bersenggama ini,mana mungkin.

Apa kata redah saja.
Kau duduk diam, masa tak pernah beku.
Hidup ni bukannya lama sangat untuk terus fikir dan pertimbangkan firasat.
Perjudikan hidup tak haram bukan??
Redah saja sampai jumpa sempadan ke syurga,
Tak kisah la walau harus berenang dulu di neraka...



p/s : payah sungguh aku nak pejam mlm ni

UTM, K11
3.53 am









Thursday, October 13, 2011

Memori September


Kaki yang tadi lurus aku lipat rapat ke dada. Lalu aku peluk. Sesekali mata pandang ke langit yang dari tadi belum cukup jemu mencurah rahmat ke bumi. Aku intai pula jam di diding dari balcony tempat aku sedang berjimba. Tepat 4.25 pagi. Bukan aku tak pejam untuk malam ini. Aku cuma celik semula setelah aku nampak dia. Dia yang pernah aku peluk cium suatu masa dulu. Dia yang ribanya menjadi alas kepala ketika minta dibelai. Dia yang aku rengekkan pohon kasih sayang. Dan dia yang pergi tanpa sempat aku iring dan kucup buat kali penghabisan…

Maaf wan, kakak lambat…

Tak mengapa, untuk malam ini saja aku relakan jiwa mengiringi rentak legasi langit itu.

Saturday, October 8, 2011

moment


secangkir kopi buat sarapan pagi di hari minggu buakanlah rutin biasa pada aku suatu masa dulu. pagi di Johor indahnya bukan aku boleh lukis pada kanvas putih dengan menebar warna ikut ritma. lepas aku dah pindah sini boleh la nak kata rutin hidup aku berubah 70 peratus. dah kenal pagi buat mak aku kecap syukur beratus kali. Johor dah jadikan irama alam sebahagian dari muzik jiwa.

tapi kadang-kadang aku rindu Kuala Lumpur... dan sebenarnya aku lebih rindukan kelantan...   

Monday, September 19, 2011

what if


lutut dilipat rapat kedada. puncak tertinggi UTM memang cantik, tak sia-sia menapak setengah mati hampir putus nyawa. mulut member sebelah yang bising mencari-cari celah mana singapura langsung aku tak ambik peduli. otak aku berada lebih jauh dari itu. jauh...sangat jauh.. "kau tak menyesal tolak offer Kingston U, tak menyesal tak pergi UK??" soalan Jay minggu lepas terngiang-ngiang. aisssshhhh...berat!!!

kalau dah kepala otak tiba-tiba main kuiz 'what if' possibilities memang tak pernah ada limit... 

Friday, September 16, 2011


meletakkan diri dalam watak hitam sekali-sekala tak jadi masalah. setiap mereka yang meninggal kita disaat kita susah kadang-kadang bukan salah mereka. mungkin salah kita juga kerana tak selalu berada dengan mereka disaat getir timpa pundak mereka. aturan tuhan tu banyak siratannya. jangan sebok sangat nak cari kawan ketika kita susah, cuba untuk jadi kawan ketika mereka susah itu lebih mulia... 

Monday, September 12, 2011

Vita (kehidupan)


aku mendongak merenung langit

berharap gugusan bintang bisa mendamaikan

kerana mengimpikan pelangi di malam hari adalah mustahil.


 p/s : kadang2 terlalu obses dengan apa yang kita mahu melenyapkan apa yang kita ada.

Wednesday, August 17, 2011

Kronologi Setiap Yang Bernyawa


derap kaki aku sederhana menuju bangku itu. mata-mata asing yang mengekori aku buat tak endah. aku masih bershades gelap walau matahari kian segan memancarkan sinarnya. biar terpantul aib yang mengeji dan baik yang memuji melalui cermin itu. setelah duduk melepaskan lelah sambil menguis-nguis pasir bumi, mata dihalakan kedepan menghadap laut dan berharap dipesisir sebelah sana ada yang sudi mengukir nama aku dipasir putih. merelakan ombak menyebarkan rasa cinta dan bukannya simbolik penghapus memori. seketika kemudian bahuku disentuh dia. dia yang salamnya aku sambut sekadar dalam hati tanpa menoleh. dan dia kemudiannya bercerita tentang langit. cerita yang aku perlu dengar. cerita yang bukan sentiasa tentang sinar. 

Sunday, August 14, 2011

Ramadan ke-14

sekurang-kurangnya yang ni indah di mata

aku rasa looser lah pulak kalau tak update cerita pasal ramadan. sepertimana tipikal melayu sejati tak terkecuali yang kacukan serta melayu celop, aktiviti maen mercun ni tak boleh miss time bulan-bulan puasa ni. bunyi mercun nie nikmat kalau ko yang cucuh dan campak. lahanat bila ko tukang dengar saat ko ada mood nak lepak-lepak. 

Tuesday, August 9, 2011

best creature




larian aku terhenti di hadapan rumah sang pengukir masa depan.
mengharapkan dia bisa mengukir yang terbaik untuk aku.

pengukir : ya tuan, boleh saya bantu

aku : aku mahu kau mengukir sebuah masa depan yang terbaik untuk aku

pengukir : masa depan yang bagaimana tuan mahu??

aku : aku serah saja pada kau, buatlah sehabis baik, yang kau fikirkan perlu

pengukir : maaf tuan, aku hanya sang pengukir. Ukiran aku ditentukan oleh kamu coraknya.

aku melangkah keluar, berjalan menunduk kecewa dan berharap ada sang penghapus masa lalu di hadapan sana.



p/s : jadi manusia nie xterhitung nikmatnya tahu!!!

Wednesday, July 27, 2011

word not-so-less Wednesday


time aku rasa aku masih bertuhan untuk persoalkan tentang perjalanan hidup dan mati aku, kenapa mereka seperti merancang sesuatu konon yang terbaik dengan hanya meletakkan 'kalau' dipangkal dan 'mesti' ditengah ayat celaka yang aku mungkin xnak dengar untuk keluar dari sisi gelap kehidupan. dengan words 'rugi betul' aku rasa macam nak murtadkan manusia ni dalam hidup aku. macam mana aku nak ajar die 'let by gone be by gone' cara yang budak paling bengap terencat akal pun boleh paham??

Tuesday, July 12, 2011

Ujian


Baru-baru nie aku keluar menghidu hancing dunia bersama member-member celaka. Maunya xcelaka, kemain lagi janji nak kluar lepas jumaat pukul 2, tapi pkul 3.30 baru nak mengangkat bontot keluar rumah. Biasalah, memandangkan semua member-member aku tu melayu, hal-hal begini xberapa nak heran. “Nawaitu keluar berfoya-foya nie xpe kalau xsegerakan pun”. Itu alasan paling bajingan pernah aku terima sebab nak menutup perangai munafik mungkir janji. Hahaha ...Tapi xper, enjoy tetap perlu wujud dalam diari hari ini. 



Seminggu, siang dan malam aku hanya di wad 1 TD hospital USM, dikelilingi pesakit kanser buatkan aku rasa lebih bersyukur kerana aku bukan salah seorang dari mereka.Xpayah nak cerita, hospital bukan tempat yang menyenangkan bagi aku sebenarnya. Kerana memikirkan tanggungjawab, aku gagahkan juga. Dan kerana tanggungjawab itu aku mengenal kehidupan.

Kagum dengan ketabahan mereka juga melekat sedikit sebanyak dalam jiwa kosong ni. Mana xnyer, hari2 muntah, xboleh makan, xboleh bangun, sakit dengan kimo, operation, tapi sikit pun xmerungut. Aku pulak, calar sikit dah gelabah. Apa agaknya perasaan Wan??? Sebelah kanan aku, seorang perempuan, makcik   sairah namanya, yang xpunya anak dan suami terlantar kanser pankreas buatkan aku lebih menghargai manusia disekililing. Betapa bertuahnya aku punya mereka yang sudi bersama aku ketika susah dan senang. Aku harap punya ketabahan dan kekuatan seperti mereka.

Sebesar mana ujian yang tuhan bagi pada aku, besar lagi ujianNya pada orang lain. Cukuplah aku merungut sepanjang hidup ni, bukan pada kehidupan yang akan datang.  Aku juga harap Wan terus kuat dan tabah. Apa pun aku perlu sedia dengan segala kemungkinan walau aku tahu mana mungkin aku cukup sedia untuk kehilangan. Harapnya suatu hari aku sedar yang tuhan lebih sayangkan dia.

Aku enjoy diluar hari ini, macam mana agaknya keadaan Wan dirumah?? Namun dia kata "Pergilah, kamu juga perlu ada kehidupan, Wan xapa-apa"...      


p/s : apa yang lebih celaka hari ini, aku kalah teruk main bowling!!!!!

Sunday, June 19, 2011

Dear God...

 Assalamualaikum

lama juga aku x update blog. bagi mengelakkan situasi tipikal aku xkan tulis seperti "sorry yer follower-follower sekalian, aku dah lama xupdate blog. bukan sebab xsudi tapi aku busy dengan hidup. aku rindu nak update bla...bla...bla..." ok, aku jeles sebenarnya sebab aku xboleh nak tulis cam 2 sebab blog aku bukannya femes macam blog diaorang dan follower aku xseberapa dan ada la pulak orang nak heran aku update ke tidak. setakat entry sampah nak kecoh buat apa. ye dak? ok. enough sesi luahan perasaan xmenjadi. proceed to the next paragraph.

yer!! minggu nie aku berlagak busy. kononnya pekerja bededikasi. jadi volunteer sukma nie bukan senang ko tahu. kena tahan dengan kebosanan. errrr.. macam mana aku nak mula cerita yer. dalam masa aku jadi volunteer ni aku kenal dengan macam-macam jenis manusia dan ada 3 orang manusia ni menarik perhatian aku untuk bercerita tentang mereka.

LH makhluk tuhan yang mampu merembeskan aura kekaguman aku. orang sarawak. ape yang bagus sangat tentang dia?? sedang semua manusia yang benama volunteer sibuk dengan komitmen kerja melangut, lepak-lepak sambil sembang kencang, aku ternampak LH baca buku Akidah Muslim (kalau xsilap) membuatkan aku terpanggil untuk tanya nama penuh die sebab pada ID just tulis nama pendek. just nak pastikan agama dia ape & sah dia bukan islam. then aku duduk sebelah dia. lepas 2 dia banyak tanya aku tentang apa yang die xpaham time baca buku tu and ada jugak dia tanya something untuk dapatkan kepastian. nasib baik la aku nie bukannya bengap sangat and soalan die pun bukannya jenis yang kena dapat pengesahan dengan majlis fatwa kebangsaan.

Out of curiusity, aku tanya member-member dia tentang LH. and cerita yang aku dapat. dia seorang kristian yang taat pada aganya dan bercinta dengan seorang islam. sedang mendalami islam sebab dia tak nak masuk islam semata-mata nak kawin dengan balak die jer. dia nak jadi seorang yang berpegang sepenuhnya pada agama yang dia anuti dan bukan beragama sekadar pada nama. such a very good one.

 time lepak dengan dia, aku kena prepare sebab ada je soalan tentang islam yang dia akan tanya. bagus juga, kadang-kadang soalan yang dia tanya 2 aku xada jawapannya & membuatkan aku curious nak cari jawapan. malulah aku kalau die yang bagitahu aku ape jawapannya. day by day ada je buku tentang islam yang dia baca. malu pulak aku, aku yang lahir sebagai islam nie pun jarang nak baca buku macam 2 sebab dah rasa dan berlagak macam tahu padahal jahil. 

manusia kedua & ketiga pulak, lelaki islam yang dah tua bangka. sebok dok sembang kencang dengan aku tentang penjaga bumi, langit & air. sebok dok cerita tentang pengalaman hidup dan kejadian paranormal yang dia tempoh pada masa semua lelaki islam yang lain pergi sembahyang jumaat. WTH

sangat berbeza bukan manusia yang dah ada dan manusia yang sedang mencari..??

Tuesday, June 7, 2011

Zalim


ah lama aku xmelancau di blog dan post entry panjang berjela mengalahkan nak karang yellow pages. tunggula bila mood rajin gila babing aku smapai puncak dulu. oh yer, baru aku perasan sejak dunia dah di hujung jari ni yellow pages orang dah xpandang dah. ntah kenal ntah kan tidak. dulu benda nie paling berguna pada aku. benda ni lah aku guna nak hempuk adik aku bila dia potong turn maen game, lenyek lipas yang xberdosa catwalk depan mata dan baling anjing jiran aku punya nenek. lepas kena sound ngan bapak aku "meletakkan benda bukan pada tempatnya tu zalim tahu". tu meyebabkan aku terus insaf dan campakkan yellow pages dalam almari sehingga lungai digigit tikus.

rupanya bukan buang anak, bunuh orang, curi kereta kebal n jenayah melampau jer dipanggil zalim tahu!!!

Monday, May 30, 2011

cliché


mengorbankan tidur demi memikirkan bagaimana dengan kehidupan hari esok dan melutut supaya tuhan mengutus seseorang yang bakal merubah kehidupan aku 360 darjah adalah perkara yang paling memalukan pernah aku lakukan. masa depan itu milik tuhan dan pasti ada sebabnya kenapa ia dilindungi dari pengetahuan manusiawi. aku septutnya berdoa supaya diberi kekuatan untuk memperbaiki nasib hidup di masa depan, bukannya menghapkan manusia-malaikat menarik aku keluar dari lorong gelap itu. melangkah dengan kaki sendiri itu lebih bermakna kerana jerihnya memberi pengajaran, letihnya penuh pedoman dan payahnya satu nikmat kehidupan. percayalah bila kau nampak cahaya kepuasannya tak boleh nak cerita.

satu perkara yang aku ingin lepasi dalam satu langkah dan satu nafas adalah berhenti memikirkan bagaimana menjadi manusia sempurna. kerana yang sempurna itu dipanggil tuhan.

Thursday, May 26, 2011

Paradoks


ekspresi adalah kunci kepada pemahaman kerana aku yakin belum lahir ciptaan tuhan yang mampu meneroka setiap ceruk maya disebalik tempurung kepala dan sangkar rusuk homosapien lainnya.

jangan salahkan mereka kerana salah mentafsir. setiap dari mereka punya konklusi sendiri pada sesuatu yang subjektif. kau & aku juga punya 1001 alasan atas setiap keputusan dan penilaian. yang maya simpan untuk sendiri & Dia. yang nyata, kau & aku perlu tentukan. biar mereka faham. biar mereka nilai.

senyum disaat kau sedih itu bukan kepura-puraan. itu kekuatan.

Friday, May 20, 2011

Appreciation


Aku adalah manusia bebal yang xtahu nak describe apa itu hidup. Mungkin bila aku dah mati nanti baru aku boleh cerita. Aku cuma tahu berusaha berdiri dengan kaki sendiri, menangis dalam hati, dan ketawa demi manusiawi. 

Kadang-kadang aku persetankan semua kekalutan dan hadap segala ketakutan. Itu mungkin cara aku hargai setiap nafas yang aku hembus kerana aku merasa lebih hidup bila dekat dengan mati. Cuma kadang-kadang aku menyesal, gagal menjadi manusia preskriptif dalam menentukan jalan ke masa depan. Dan aku fikir si haram jadah subliminal itu berguna juga. 

Sunday, May 15, 2011

Xreti nak letak tajuk


Lepas kena panah kemain lagi ngan bapak aku, solat subuh aku xder lah diluar waktu untuk hari nie. memandangkan hari nie hari yang cukup indah dengan kicauan beruk burung dan anjing pun behave kemain lagi xnak menyalak, rasa sayang pulak aku nak tinggalkan alam nyata nie. berhijrah ke alam mimpi belum tentu seindah ini. Nak2 lagi mimpi kena kejar kuntilanak, mau aje berpeluh sia-sia. Ok, kita lupakan carutan perenggan pertama yang xder motif membangunkan Negara nie. Jom lah kita bergerak ke perenggan berikutnya yang mungkin xada motif langsung.


Kekecewaan dalam hidup aku semakin menimpa-nimpa sejak kebelakangan nie. Belum habis kecewa dengan kekalahan Chelsea, terpaksa menahan sebak kes gula naik harga. Tapi aku berusaha memujuk hati supaya gembira dan berbangga kerana aku duduk dalam Negara yang perdana menterinya sangat sayangkan rakyat. Xnak rakyat die kena diabetes. Tahun depan turun la gamaknya statistic pesakit diabetes. Kes lemah jantung pulak yang naik mencanak-canak.

Aku yakin benar ada dikalangan member2  aku dok mencarut “ape le poyo sangat kau nak sentap dengan harga gula naik nie padahal hidup bujang, makan-minum mak bapak tanggung”. Korang ingat aku nie jenis xkesiankan mak bapak ker aper, klau gula dah naik kadar pertukaran wang ke tangan aku makin berkurang. Kadar kekerapan lepak kedai mamak pun makin menurun. Klau macam 2 time bilanya aku nak sembang kencang dengan sang marhaen yang lain tntang masalah Negara yg xpernah nak selesai nie? Mamak nie plak kemain lagi, ambik kesempatan. Air suam pun naik harga. Gula jenis ape la yang dia letak dalam 2 smpai rasanya tawar xingat. Kalau ura-ura subsidi gula dihapuskan jadi reality, nampaknya lagi afdal aku lepak starbuck aje.

Tapi apa yang lebih merisaukan aku, kalau-kalau minyak naik lagi. Xmemasal aku masuk jel yang bapak aku bina hasil kerja tangan sendiri.

Tuesday, May 10, 2011

First Thing First

money is not important, love is immortality ???


is that so, why million people get killed every hour in Iraq, Iran, Palestine?
because they haven't enough money to buy  weapons to fight the fucking shit America and its ally, Israel

is that so, why million of people died of starving in Africa?
because they haven't enough money to get things to swallow through their fucking throat

is that so, why million dead body lies along the road in Haity?
because they haven't enough money to build strong building to shelter of

is that so, why thausand children died in their mother's lap in India?
because his father haven't enough money to feed their mouth

then why sabariah can't marry kasim selamat at the first place?
because he have no maney to confirm the brighter future for his family and doesn't suit her family's standard which is have lots of money.

out of god's wish,that the typically sensible main reason i could think as i walk through the valley of time. then i came out with an idea, money is about life n death. so, thats why people fight like hell to be a minister.



p/s : then why sugars' price keep rising? because our lovely-kind hearted prime minister wanna keep his beloved nation safe from diabetes.


Saturday, May 7, 2011

Percubaan Kedua


        
      dia berjalan menyusuri pesisir pantai sambil menyembunyikan matanya disebalik shades gelap. seketika kemudian, dia melabuhkan punggungnya beralaskan pasir-pasir halus. merenung jauh ke ufuk timur. cuba merangkul seberapa banyak ketenangan yang mungkin. disaat hatinya enggan bersenggama dengan minda, ombak mungkin penawarnya. namun itu hanya keyakinan sang hemosapien sepertinya. 

di depan mata ilusinya, satu persatu tanyangan masa lalu dimainkan. "argh betapa celakanya aku". itu saja yang mampu terlontar dari kotak suaranya. perlahan, sekadar untuk didengar sendiri saja. tiba-tiba, bahunya digenggam dari belakang. erat penuh kemesraan. dia berpaling. melihat senyuman itu, memberi semangat baru padanya untuk mula berdoa tentang hidup setelah sekian lama hanya mati yang disebut. "relexla bro, hidupni sialnya berkala, tapi manisnya tetap ada". kata pemilik senyuman itu. 

pemilik senyuman itu bangun dan perlahan-lahan meninggalkannya. dia juga turut bangun, membersihkan belakang seluanya yang berpasir. malangkah mengekori pemilik senyuman itu. optimistik mula tertanam sedikit-demi sedikit di jiwanya. ya!!! dia perlu melangkah ke depan pada jarak infiniti dan berhenti di saat  yang memaksanya mengucap selamat pada hari kematian. 


P/s : i'm sorry, this is crappy 

Sunday, April 24, 2011

Cool yang tercalar...


11.17 pagi. point of authority, linking park berdengung-dengung di telinga sambil mulut terkumat-kamit nyanyi sama. dah rupa bomoh siam aku rase. bos dah lama keluar. pegi mana, 2 bukan urusan aku. pekerja-pekerja lain sibuk mengadap pc masing-masing. jangan tanya aku diaorang tengah buat apa supaya aku xmenipu dan xmengutuk. dan aku....tengah berlagak busy mengalahkan CEO syarikat megah, power lagi besar. sibuk juga berkompromi dengan perut sendiri supaya bersabar. luch dah xlama lagi. jangan la buat malu aku dengan rock sumbang 2. sumbangnya lagi parah memandangkan runut bunyinya bukan dari mulut. tapi malu tetap datang dengan cara yang lebih tragis tanpa diduga dan sedikit gempak. kalau diberi pilihan aku lagi rela biarkan perut aku nyanyi tanpa henti dengan irama apa sekali pun dari mandi milo ais separuh badan. agak-agak relevan lagi tak aku pikir mana nak sorok muka?  

Thursday, April 21, 2011

Kau harus ada


Minggu ni, minggu untuk aku enjoy, kecap nikmat syurga dunia setelah lepas dari mati mandatori.
Member2 aku yang mengalami situasi yang sama xlepaskan peluang untuk turut serta.
Tapi aku lupa untuk ingat dia yang xpernah lupa pada aku.

Maaf, aku lupa kau tetap ada bila semua xada.
Tolong bagitahu aku yang aku masih belum terlambat menadah ke langit tanda berterima kasih pada kau....

Friday, April 15, 2011

Pena jiwa marhaen



disaat kau bercumbu dengan dia tanpa ada segan lahir pada jiwa
meneguk kencing setan tanpa tinggalkan sisa
lempias nafsu konon tanda cinta
bunuh jiwa-jiwa baru tanpa rasa sedikit luka
persetan tabii xsekilas fikir dosa
dan kau masih boleh tepis teguran-teguran dia
berkata dengan tinggi suara bernada menghina,
"aku masih muda, mahu kenal nikmat dunia"
"kubur aku dan kau masing-masing yang punya"
"syurga atau neraka tuhan punya atucara"
dan aku pula berkata, xkeji, xjuga suka
"hei, dosa itu nyata"
"hidup nie, bukan ada label bila tarikh luputnya"
"aku yakin ko tahu itu, kenapa paksa aku buka cerita" 
Jika kau punya 'hari ini'  menjadi sejarah untuk esok atau lusa.
 berniat xulang cerita sama dalam sisa hidup seterusnya.

Mungkin mulia disana kau boleh cerita.

Tuesday, April 12, 2011

Percubaan pertama


Bila mana tanggapan liberality adalah hak individu tanpa limit.  
Berfikir ko boleh buat apa saja yang ko suka tanpa usul tabii.
Tanpa pegangan agama, cuma prinsip hidup.
Tanpa paksi tuhan, cuma keinginan.
Tanpa nama lain, cuma nafsu sendiri.
dan tanpa otak waras yang bersenggama dengan hati.

Aku rasa ko patut simpan sedikit ruang di pelusuk minda ko yang bukan ko saja yang hidup di bumi pinjaman ni. 
Dan ingat sikit, ia cuma pinjaman.
Even sensitivity bukan priority, salah atau benar masih utama tahu.
Cukup sampai disitu atau nak ambik kira dosa pahala, syurga neraka?   

Thursday, April 7, 2011

Starving for Truth


Assalamualaikum.... Tolong jangan baca salam, tapi jawab salam ok. Memandangkan blog nie bukan blog aq, aq xkan cerita tentang aktiviti hujung minggu di PD. Aq juga bukan nak cerita tentang aktiviti camping aq ngan member yang macam haram penuh chaos di PD. Aq xnak cerita pasal percubaan bunuh diri member-member aq sambil buat percubaan bunuh orang lain di highway Seremban. Aq pun xnak cerita betapa sia-sianya mak bapak aq anta aq blaja tinggi2, tapi bodoh aq bertingkat-tingkat ingatkan pukul 21.44 tu pukul 11.44 p.m dan padahnya aq hanya ada 15 minit untuk berkejar dari JJ Seremban ke terminal Seremban dan Tuhan masih sayangkan aq kerana sebaik 2 kaki aq ada dlm train, die trus jalan.


Aq cuma nak cerita the most bullshit things ‘kita akan jadi baik kalau berkawan dengan orang yang baik & jahat bila berkawan dengan orang jahat’. Time sekolah dulu, aq xtahulah kenapa content karangan paling tipical tentang masalah social adalah “pengaruh rakan sebaya”. Ini lebih kurang kes lembu punya susu, anak orang yang minum sapi dapat nama la nie. Tapi kalau nama yang baik xper la jugak, ini nama penuh terpalit taik. Kalau nak dikirakan dosa aq menghukum kawan kepada manusia yang buat dajal dalam setiap karangan sekolah aq, agak-agak terampun x? tapi nak buat macam mana, aq terpaksa masukkan isi 2 untuk genapkan 350 patah perkataan. Lagipun kalau aq xtulis silap-silap hari bulan bontot aq diperdajal oleh cikgu. Erm tuhan mesti paham & kesiankan aq.

    Memandangkan cikgu aq xpernah sruh aq buat karangan ‘sikap remaja yang suka pergi masjid’ xpun ‘amalan membaca al-Quran dikalangan remaja’ aq xboleh nak deduct dosa kat atas. Paling tidak ada la jugak aq menyalahkan “pengaruh rakan sebaya” dalam proses membawa ke jalan kebenaran. Eh, tapi aq tengok citer melayu 2, kalau dia pergi masjid sebab tuhan dah bukakkan pintu hati die. Dia mimpi yang dia nak mati dah, pastu kena seksa dalam api neraka. Xpun dia berubah sebab dia jumpa awek cun yang baek giler. Xpun sebab die dah kena sambar petir @ xciden cacat sana-sini. Mana ada pengaruh rakan sebaya. Sah!!!nie semua agenda freemasom.


Tapi, aq tetap nak mintak maaf ngan kawan kepada si malaun perangai mengalahkan yakjud makjud 2 sebab salahkan korang dalam setiap perangai buruk yang malaun dah buat dalam karangan aq. Korang xsalah sebenarnya. Walaupun korang berperangai macam setan kelas atasan, kawan korang 2 xder otak ker, xpun dah kena mutasi otak reput sampai ikut ajer perangai korang yang setan pun salut lantun 14 kali 2. Apetah lagi kalau korang nie separa malaikat. Xsudah-sudah aq menyalahkan korang, ye dak? Korang nie kemain la ikhlas nak kawan ngan malaun 2, korang dah ajak dia buat baek. Tapi nak buat macam mana, isap dadah, merempit jer yang ada pengaruh rakan sebaya nie. Pergi masjid, baca quran nie kena buat bila pintu hati dah terbukak, hidayah Allah dah sampai. X gitu?

Wednesday, March 30, 2011

The art of gamble...


Ogos 2011 umur aq menetap atas bumi tuhan nie genap lah 21 tahun. Kalau aq mati sebelum tarikh keramat first time mak aq beranak nie, maknanya Malaysia akan kehilangan 1 manusia yang akan ditarbiah untuk daftar mengundi. Tapi jangan risau sangat, kalau aq masih hidup pun aq xberminat nak dengar such a suck politics’ campaign and xberminat langsung nak daftar pemilih. Ok, abaikan part politik dan mengundi bagai 2. Ambik part umur aq jer.  


Pada satu masa, dalam proses mencari identity aq cuma ghairah menujah hati mengikut nafsu sehingga aq terlupa yang aq masih perlu menggunakan akal. Aq rasa aq cukup matang untuk pilih jalan mana yang perlu aq tuju. Tapi aq xsedar yang aq xtahu pun dimana destinasinya. Orang disekeliling aq asyik dok bising yang aq xder perancangan hidup dan masa depan. Until they find my life is useless. They think I will regret about gambling with life all the time. I just go through the flow without think what will happen next. Doing something nuts to have some fun and never think about the effect.

But, when I think what they said over and over again, I just make excuses to hate my life more. I should realize those stupid things I’ve done gave me a chance to know what world looks like. Ya, aq xmenyesal xgunakan akal sebelum nie. Tapi aq bersyukur  sekarang aq lebih kerap menggunakannya. Aq xmenyesal pernah buat benda bodoh dulu. Tapi aq bersyukur sekarang aq xsebodoh 2 lagi. Aq xmenyesal pernah pilih jalan yang salah dulu. Tapi aq bersyukur sekarang aq dah tahu mana jalan yang betulnya. Aq xmenyesal dulu xpernah fikir tentang destinasi. Tapi aq bersyukur aq sampai pada destinasi yang aq xpernah terfikir tentangnya. After all, it’s my life. I’m the one who should decide what it turns on to! Typically sensible?

Eh korang paham ker apa yang aq nak cakap nie?


Kalau ko berada pada hujung satu terowong. Apa yang ada pada hujung sabelah lagi ko xpernah tahu. Sekarang ko nak masuk dan pastikan apa yang ada pada hujungnya atau ko terus meneka seumur hidup apa sebenarnya yang ada kat situ? Kalau ko masuk, mungkin dalam perjalanan ko akan lalu satu taman yang cantik giler, penuh dengan rama-rama and banyak makanan yang best. Tapi dihujungnya ko akan jadi santapan dinner naga ganas lagi kejam yang kelaparan. Perlu ke menyesal? Tak!! Sekurang-kurangnya ko pernah nikmati ciptaan tuhan yang cukup indah. Atau mungkin juga dalam perjalanan, ko perlu bertempur dengan singa betina yang lapar stengah tahun xmakan. Tapi dihujungnya ko dapat jongkong emas satu guni. Sape tahu? Kita xkan pernah tahu tentang takdir sebelum ia sampai.

Aq seronok gamble dengan hidup aq dalam sesetengah perkara. Bagi aq, life is about to take a risk. Kalau ko xcuba, mana ko tahu berjaya atau gagal. Lebih baik ko jumpa dengan kegagalan daripada asyik tertanya-tanya apa keputusannya. Menyesal seumur hidup tahu!! Orang yang gagal bukan lah orang yang pernah gagal tapi orang yang takut gagal. Faham itu?

Win or lose are not really matter, but how much effort you put in is priceless.
U have to take the good with the bad, smile when u’re sad, love what u’ve got and remember what u had. Always forgive but never forget, learn from ur mistake but never regret, people change, things go wrong, just remember, life goes on. (jellymuffin.com)

Monday, March 28, 2011

naratif versi aku


Di suatu petang yang damai penuh nikmat dengan angin ala-ala siput semput. Time cuaca sebagus ini, sebagai seorang atlit yang sangat perasan komited Johana sepatutnya tengah meningkatkan fitness dengan jadual training yang telah ditetapkan. Dengan malasnya  dia pergi tinjau schedule training untuk ari nie. Slow jog 3KM & circuits training 6 stations. Ah xder la berat sangat sebab masa game jauh lagi. Tapi xtahu la kenapa tiba-tiba personality atlit Johana hilang. Yang ada hanyalah personality seorang student yang penat baru balik kelas n mengantuk mencanak-canak. So, sebagai seorang student n remaja Johana sepatutnya tido time nie kan? Dia melangkah penuh semangat ke katil. 

Dang!! Dang!! Dang!! Bunyi pintu bilik diketuk. Argh nie yang personality manusia hijau Johana nak menjelma nie. Tapi personality manusia beriman dan berbudi bahasa serta prihatin, menyelamatkan nyawa yang ad disebalik pintu. Johana bukak la jugak pintu untuk member dia yang datang nak mengeratkan silaturrahim nie. Ape tujuan dia rajin sangat menapak ke bilik Johana pepetang nie?

Ain : Jo ko ada soklan test calculus sem lepas punya?

Johana : ad rasanya, ko try tengok dalam buku 2.

Ain : owh nie, aq pinjam dulu ek. Mlm nanti aq bagi.

Johana : (angguk2 sambil merebahkan badan on d way nak jana taik mata)

Ain : eh Jo, ko nak tau x, aq xsuka betul la dengan Ery 2. Dia 2 suka bersepah la. Xreti nak kemas bilik. Baju kotor berselerak, pastu perap berminggu-minggu. Dobi bukannya jauh pun, selang 2 bilik jer dari bilik. Tapi masyaallah pemalas. Aq bila masuk bilik semak dowh. Nasib la aq dapat roommate macam die. Time dia gaduh ngan balak die plak…….. bla…. Bla…. Pastukan dia asyik ngadu pasal balak dia……bla….bla….

Setelah 5,6 lori mengumpat, ciap dengan maki hamun sebagai penambah perisa. Ayat penutup paling tipical atas muka bumi “eh ko jangan bagitau die plak, aq xnak la gaduh nanti. Aq gtau ko nie sebab aq percaya kat ko.”

Johana : (dalam hati) Huh!! Ingat aq bangga sangat ko percayakan aq? Pegi mampus! ape la agaknya dia cakap pasal aq dengan orang laen

Memandangkan personality wartawan hiburan xpernah wujud, Johana xberminat langsung dengan luahan dari hati yang konon murni ain 2. Lantak ko la, peduli aper aq.

Ain: eh apahal dengan Azri 2 ek, dia…… bla….bla….

Nampaknya minah nie tengah menyeru personality “mulut xpernah ada polisi insyuran kecelakaan” Johana.

Johana : eh, banyak nya citer ko. Percaya benar ko ngan aq nie. Tapi aq percaya kat Ery & Azri. Nnti aq citer la kat dia yang ko percayakan aq. Apa kate ko g buat soklan calculus 2. Nanti bleh bagi orang laen tiru. Mesti diaorang cakap ko pandai n baek hati. 

Monday, March 14, 2011

Forward please..!!!



Ani mengandungkan anak sulungnya. Memandangkan nie first time, dia pun mintak la nasihat macam mana nak jaga kandungan dengan rakan sepejabatnya, Miza. Memandangkan Miza dah berkali-kali beranak, maka adalah petua-petua yang sedikit sebanyak berguna. Dengan perasan bijak serta berlagak pandai Miza pun bagi lah petua paling xlogik akal & buatkan aq gelak guling-guling xcukup tanah.

Miza : kalau nak kulit anak putih, jangan makan kicap. Nanti kulit anak hitam. Minum susu soya banyak-banyak. Barulah kulit anak lawa. Xpun makan tempe & tau fu fa. Orang kata produk dari kacang soya nie bagus untuk kulit baby.

Aq : owh macam 2 ek kak miza. Kicap 2 orang buat pakai bontot kuali ker aper..?? hahahaha

Ani pun gelak berdekah-dekah hampir terberanak xcukup bulan.

Then ko bayangkan Miza buat muka ape


Moral of the story : jangan nak gatal tangan fowardkan mesej yang  xtau asal usul & kesahihannya. Lagi-lagi yang berbau konspirasi hamprak dari pemilik jiwa paranoid. Huh!!!

Saturday, March 12, 2011

Situasi


Minggu-minggu yang buatkan aq perasan busy nak mampos dah berakhir. Sekarang minggu-minggu kebosanan menyusul. Yang sebenrnya aq dah kehilangan kata-kata nak carut kat sini. Tapi demi mencapai cita-cita manjadi blogger tegar, aq terpaksa mencari carutan baru. Jom g peranggan baru, mungkin ada sisa-sisa dari pelusuk minda tercerna aq nie.


Meh aq citer satu situasi yang membuatkan aq malu digelar generasi muda Negara membangun.  situasi dimana satu manusia bodoh lagi hina, salesgirl kiosk bersama seorang pakcik  buta. Pakcik yang buta nie masuk kedai then mintak air mineral.

Pakcik : dik nak air mineral sebotol tapi xnak sejuk.
Salesgirl : ad kat rak hujung 2.

Then pakcik 2 terkedu xtau nak buat ape. Sape yang buta skang nie pun aq dah terkonfius. Agak-agak kalau angkat middle finger minah nie paham ker aper aq maksudkan..?? xpun aq terus carut die depan-depan biar die paham. Atau tindakan lebih drastic, simbah jer dengan air mineral. Tapi aq xbuat. Sebab aq rase xguna pun. Minah nie lagi bengang n xpasal2 gaduh besar sebab hal kecik. Dua-dua pihak xdapat faedah nyer.

Tapi aq tetap nak kasi minah nie sentap. Aq pegi ambik air mineral 2 then bayar. Lepas 2 aq pegi kat pakcik 2 then hulurkan air mineral. Senyum senget sebelah kiri sambil pandang minah 2 aq cakap xbrape nak kuat tapi cukup untuk satu kedai dengar  “nie air mineral pakcik,saya dah bayarkan. Maafla akak 2 xnampak”. Aq harap tindakan aq betul.  

Sunday, March 6, 2011

Turn to 21




Heels is too much but sneakers is not quite well
Dress is show off but t-shirt is stain
Study is boring but hangout is good for nothing
Dream is useless but reality is suck
Sleep is waste of time but wake up is worth for nothing
Lough is so faked but cry is just show off a weakness
Back-up is not enough but compliment is not necessary
Honest may hurt but there may be cruel secrets
Love is not accepted but hate is rejected
Expression might be ridiculed but keep it inside is a burden
Life ain’t easy but die is too hard

Please tell me I’m still a normal person after all those chaos are stuck up on my mind.

Monday, February 28, 2011

Title ikut mood korang



Bila kepala dah cecah bantal, badan bersalut selimut serta beralas tilam empuk, mata pulak mogok. Buat demostrasi aman nak menjatuhkan fungsi badan keesokan harinya. Hampir setengah jam aq berusaha menjana air liur basi serta buka kilang tahi mata tapi still jugak xberhasil, keputusan muktamat…. GIVE UP..!!! bangun on9 lagi baek. Huh.!! Pertama kali aq rasa wakeup is more worth then sleep. Dah xberapa panjang umur agaknya bila tebiat dah tercampak diluar radar. Agrh, aq bukan berlagak tuhan nak tentukan takdir, Cuma mengingat kematian untuk meningkatkan iman.

Terngiang-ngiang pulak bebelan mak aq “tuhan xbagi ape yang kita nak mungkin sebab tuhan ada rancangan yang lebih baik untuk kita”. Mungkin tuhan belum bagi aq lena sebelum bertahajud dan mengaji sepam dua. Tapi apa aq buat, melayan benda lagha(abaikan spelling) xtentu pasal. Aduh, jom smayang….

Friday, February 25, 2011

Judging or Understanding..???


Setelah otak aq gagal untuk terus fikir pendahuluan karangan hari nie, maka aq ambil keputusan untuk berputus asa dan proceed pada isi pentingnya. Tapi satu lagi masalah timbul bila aq rasa isinya xbrape nak penting. Disebabkan kelembapan otak aq yang bertambah-tambah melampau aq terpaksa menipu yang isi kat bawah nie sangatlah penting untuk dipost disini. So, silalah baca.


At the first place, I’m failed in judging people at first impression. Bagus juga sebab aq akan sentiasa fikir positif tentang setiap manusia yang aq jumpa. Dulu time aq sekolah, aq cukup xsuka dengan lelaki yang lepak atas motor kat tepi jalan. Nampak sangatlah haprak n xder masa depan. Tau nak merempit jer, menyusahkan mak bapak dan sama sekali xleh nak wat laki. Tapi dalam masa yang sama, aq sangatlah curios dengan kehidupan diaorang. Kenapa diaorang lepak kat situ, ape diaorang buat, dah xder keje lain ker, n macam2 lagi la. Agak-agak diaorang nie baik x, study lagi ker or jadi kutu rayau 2 part time job diaorang, mungkin juga full time. Argh mencanak-canak persoalan muncul dalam kepala otak aq nie.

Pot diaorang adalah kat sebelah kedai burger yang 2,3 langkah dinasour dari rumah aq. nak kate melariskan kedai burger 2, xmaju-maju pun kedai 2 aq tengok. Lagi pun xker boleh mengundang kepada muntah bertubi-tubi kalau hari-hari makan burger je. Aq nak pegi beli pun dah naik segan dah. Aq nie pemalu tau. (kelip-kelip mata, tangan tongkat dagu sambil mulut lagak muncuk itik. Gaya minta dipijak).


Tapi ada satu peristiwa yang buatkan aq rasa bersalah kerana pikir yang bukan-bukan pasal diaorang. Ceritanya bermula apabila anak jiran aq, Ainul yang time 2 baru umur 4,5 tahun tergedik-gedik lari sana-sini & tersasar lariannya ke tengah jalan then ada satu kereta datang dengan xbrape nak laju ketepek langgar bontot si Ainul lalu die pun tergolek lah atas jalan ber-tar. Dengan pantasnya abang-abang yang lepak kat kedai burger 2 berlari-lari dapatkan si Ainul then angkat die masuk keta yang dah langgar Ainul tadi. Bawak pegi hospital la kot. Then salah sorang dari mereka datang menuju semakin dekat dan dekat ke arah aq yang kebetulan baru keluar rumah nak pergi tuisyen. “dik, tau x kat mana rumah budak 2”. Aq pun jawablah, “tau, jom sy tunjukkan”. Ek eleh, padahal kalau aq g tau pun mamat 2 bleh cari sendiri, bukannya susah, selang 2 rumah dari rumah aq jer pun. Saje nak rapat lebih ngan mamat nie. Ada can la aq nak interview die nanti.

So, bila dah sampai rumah Ainul, aq dan mamat nie bergabung tenagalah menjelaskan ape yang berlaku kat Makcik Rosmah, mak Ainul. Makcik Rosmah sruh aq temankan die pegi hospital skali sbb suami die xder. Memandangkan Makcik Rosmah xreti bawak keta, mamat nie kena la jadi driver xbergaji. Sambil tunggu Makcik Rosmah bersiap, aq berkenalan lah dengan mamat nie. Name die Hasrol. Study lagi, tp die xcakap plak die study kat mana. Borak punyer borak, makcik Rosmah potong stim plak.

Sampai jer kat hospital, member2 Hasrol tunjuk la kat mana Ainul. Xdela la truk sgt, luka skit jer. Sementara menunggu Makcik Rosmah uruskan Ainul, aq lepakla ngan diaorang kat luar bilik kecemasan. Aq nie easy going, so xder la segan sgt, diaorang pun ok. Diaorang nie student U semua. Alif & Husni student UITM. Mukmin student USM & c Hasrol study kat Jepun. Diaorang lepak kat c2 sebab kedai burger 2 member diaorang yang punyer. Lepak2, borak2 habiskan masa cuti sbb time lain ssh nak jumpa.


So lepas aq dah kenal diaorang nie aq jumpa something dalam hidup, first impression of judgment is bullshit. Diaorang baik, xjahat. Diaorang ada masa depan yang cerah, diaorang sangat lah merendah diri, xblagak. Diaorang bukan kutu rayau biasa tapi upgrade n educated of kutu rayau. Hahaha

Setelah seronok gelak ngan diaorang stengah mati, dengan xrasminya aq dah jadi sebahagian dari member diaorang. Tapi, keesokan harinya aq rela dalam terpaksa menala bontot untuk disebat oleh cikgu Asiah sebab ponteng kelas tuisyen biologi kat sekolah.

Tuesday, February 22, 2011

who is the fu*king GOD wannabe..???



Ada SIAPA lagi yang nak kate AKU bakal masuk neraka sebeb dengar lagu Avenge Sevenfold, Creed dan KAU masuk syurga dengar lagu Rabbani, Raihan, Maher Zain setiap masa..??

Ada SIAPA lagi yang nak kate DIA bakal masuk neraka sebab xbertudung litup dan KAU masuk syurga bertudung belit bagai..??

Ada SIAPA lagi yang nak confermkan AKU masuk neraka sebab berjeans & t-shirt dan DIA masuk syurga sebab berbaju kurung..??

Ada SIAPA lagi yang kafirkan DIA sebab sokong _________  dan Islamkan AKU si penyokong _______ yang selalu berkempen berlandaskan Islam..??

Ada SIAPA lagi yang kafirkan AKU c peguam dan Islamkan DIA c Ustaz..??

Ada SIAPA lagi yang nak muratdkan AKU yang menapak ke consert & gig dan Islamkan DIA yang melangkah ke masjid & ceramah agama..??

Ada SIAPA lagi yang nak kafirkan KAU yang jadi penyanyi dan Islamkan DIA yang kerja kerajaan..??

Ada SIAPA lagi yang nak murtadkan AKU sebab sumbat perut dengan western food dan Islamkan DIA sampai akhir zaman kerana sumbat mulut dengan asyura tapi hati xtau ape tujuan..??

Ada SIAPA lagi nak confermkan KAU masuk neraka melepak berborak dengan bukan muhrim dan DIA bakal ke syurga duduk dalam bilik bersama kaum sejenis mengutuk si anon yang diagak-agak xberiman..??

Ada SIAPA lagi yang nak masukkan KAU ke neraka sebab keluar sambut V-day dan confermkan AKU ke syurga sebab hanya sambut hari ibu,hari bapa, tapi xtahu ape itu maulidur rasul, awal muharam..??

Ada SIAPA lagi nak jadi TUHAN lepas nie..?




Memandangkan SIAPA bukan TUHAN & xkan pernah jadi TUHAN, mana hak dia nak tentukan tempat AKU, DIA & KO..??



Wednesday, February 16, 2011

Headphone boleh membunuh



Jam menunjukkan pukul 9.20 pagi. Mood boring aq mencanak-canak membuahkan pemikiran celaka yang sangatlah mengarut dan xlogik di dunia nyata. Xpayah nak tanyer kenapa manusia seperti aq nie yang xpernah bangun awal kecuali bom meletup, gempa bumi 60 skala riktor @ ada klas (2 pun kadang2 terponteng) terbangun terlalu awal hari nie. Sebabnya xlain xbukan dan xperlu dipersoalkan lagi, aq kena pergi pejabat melunaskan sesi internship yang masih berbaki 3 bulan stengah. Sepanjang time aq praktikal nie, aq sedar satu perkara, jadi student adalah lagi nikmat daripada jadi seorang pekerja lagi-lagi kat office. Neuron-neuron dalam otak aq mula berjalan merentas masa kembali ke zaman kesewelan aq bersama member-member di UTM. Setelah penat, neutron 2 brenti kat library Sultanah Zanariah.

Citer pasal library, ad satu kes yang buatkan aq rase xnak masuk library seumur hidup. Time nie aq tengah lepak-lepak ngan member  sesewel aq, Ayim. Mamat nie ad satu tabiat xbrape nak baik, die suka pegi memana bersama headphone yang berselirat kat leher n trus disambungkan ke telinga. Tapi xkesah la, die xganggu aq pun. Tempat nie kekal sunyi sepi sampai kalau ad mamat yang duduk 30 batu nautika kentut pun aq boleh dengar, cuma baunyer saja yang mungkin malas nak menapak sejauh itu. Dengan penuh nafsu ghairah aq bukak laptop untuk kecap nikmat syok on9. Aq masuk library, 2 jer tujuan nyer. Sebab internet kat sini laju sikit dari kura-kura bengkak lutut. Jangan xpercaya, selama 2 tahun stengah aq kat UTM nie, aq xpernah pinjam 1 buku pun kat library. No pin pinjaman pun aq xingat. HAHAHA.


Tetiba mamat Ayim memecah kesunyian yang damai lagi menyenangkan. “Bell, esok temankan aq g jumpa Dr. Syuib. Nak ambik last year punyer paper.” Aq rase macam nak tumbuk-tumbuk lumat mamat nie n campak dari tingkat 14 dengan kejam tanpa belas kasihan. Sebab die jerit kemain kuat macam aq ada 25 kilometer dari die. Die aim aq pekak macam die r 2 gamaknya. Telinga bersumbat dengan headphone, ps2 nak lantun suara bajet orang xdengar. Bila aq buat isyarat sruh diam, die boleh g tanyer kenape dengan muka bebal xder perasaan + xreti bahasa + dengan suara macam petir. Celaka sungguh. Yang buat aq nak sorok muka dalam mangkuk jamban time 2 jugak, bila semua manusia yang ad kat situ pandang kitaorang. Aq pun ape lagi, ambik buku then hempuk la c Ayim smbil tarik die punyer headphone. “ko kalau nk cakap ngan aq make sure telinga ko xpekak n mulut ko separuh bisu.” Hangin btul la aq. Menjatuhkan index komposit aq dengan mendadak sekali.

Moral of the story : lempang orang yang pakai headphone sblm die brani bukak mulut. And pada yang pakai headphone, klau nak bercakap sila bukak headphone anda sebelum anda dilempang sebelum anda  bukak mulut.

p/s : jangan maki aq sbb tajuk nak gempak aje. hahaha

Saturday, February 12, 2011

Valentine's day haram..????


Xder aper yang best dihari minggu macam nie selain membuta setengah mati. Bersosial..??? argh 2 boleh difikir kemudian kalau berkesempatan kerana keutamaan nafsu aq sekarang adalah tido. Aq bukan nak bangun lambat sangat sebenarnya, tapi smalam aq tido pkul 3 pagi melayan adik aq yang terkena bahana pertukaran zon waktu. Teringat pulak aq topik hangat kat twitter yang buatkan aq nak tergelak golek2 sambil angkat kaki menujah langit. Topic ape lagi yang best di bulan February ni kalau bukan pasal V-day.


Xpayah aq nak cerita panjang-panjang tentang ape ke benda jadah nyer V-day nie sebab aq pasti setiap manusia even yang duduk kat ceruk hutan amazon pun tau. Tapi aq nak kongsi sikit pandangan aq tentang hukum menyambut V-day nie yang dikatakan haram.

1 benda yang aq sangat xsetuju tentang pengharaman V-day nie yang dikaitkan dengan isu di Granada, Spain yang diemailakan pd aq. Memandangkan aq rajin hari nie aq cerita lah sikit ape yang berlaku kat Granada yang orang dok kaikan dengan celebration of V-day nie. Cerita tentang keruntuhan Islam yang diambil alih oleh Kristian sebab perebutan kuasa. Selepas peralihan kuasa, umat Islam diseksa dan dimurtadkan beramai-ramai. Mereka dipastikan masuk Kristian atau blah dari Andalus. Pihak Kristian berusaha membersihkan darah Islam dari mengalir di bumi Andalus. Dan pemikir-pemikir jumud yang bertutur kononnya berpaksikan Islam menharamkan sambutan V-day pada 14 February disebabkan kisah keruntuhan Islam nie yang mana kalau sambut V-day samalah dengan mengagungkan keruntuhan Islam. What bullshit..!!! sebenarnya banyak versi tentang kaitan keruntuhan Islam yang jatuh pada tarikh yang sama dengan V-day nie. malas pulak aq nak cerita semua.


Pada aq, V-day adalah satu simbolik je bagi pasangan kekasih yang menggedik nak beromen-tik lebih. Diaorang sambut hari memperingati kekasih semata-mata nak show-off yang diaorang ada balak n aweks jer disamping buat anak untuk dicampak dalam tong sampah atau mana-mana longkang berkenaan. xder kena mengena dengan mengagungkan keruntuhan Islam bagai.

Kenapa mengharamkan sambutan V-day…??  Kalau sebab isu di Granada Spain atau isu umat Islam keruntuhan Islam yang jatuh pada tarikh yang sama dengan V-day memang bullshit lah. Kalau orang yang mak dia terberanak 14 Feb, bermakna dia xboleh nak celebrate birthday dia lah. Owh naye. So mak-mak dan ayah-ayah, rancanglah betul-betul supaya anak korang  xdiberanakkan pada tarikh 2 yer.

Dan kalau nak haramkan sambutan V-day sebab menyerupai amalan orang bukan Islam, aq sangat setuju dengan Art_Harun yang member persoalan yang sangat clear. “Nat tanya Jakim, V-day haram. Istiadat bersanding halal? Merenjis halal? Tepung kunit halal? Naik tiang halal?” “Jakim – Istiadat berinai halal? Mandi Raja halal? Bawa cokmar masuk parlimen halal? Cium keris halal? Istiadat batal air sembahyang halal?”


Kalau nak haramkan sambutan V-day sebab maksiat berleluasa, korang patut juga haramkan sambutan New Year n Hari Merdeka juga sebab…… argh aq tahu korang semua bijak pandai untuk mentafsirkan apa sebabnya. N kalau orang nak buat maksiat xpayah tunggu hari-hari seperti berikut aq rase. Tiap-tiap hari pun boleh. Perhatikan disetiap ceruk alam nie, pergaulan bebas setiap saat berlaku, dah xheran dah. Xpayah nak sentap sangat lah pasal V-day bagai nie.

Ahhh pada aq jangan nak haramkan sambutan V-day. Haramkan maksiat. Jangan nak ganggu orang nak sambut V-day, ganggu orang yang buat maksiat terang-terangan. Tak semestinya umat Islam yang sambut V-day akan automatic buat maksiat. Sambutan boleh bermacam-macam cara. Sekadar ucapan misalnya. Apepun V-day hanya satu simbolik yang disambut serentak oleh manusia dimuka bumi.

My perspective about V-day, it’s just a day…..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...