Pages

Saturday, December 25, 2010

Koleksi menarik...

Selamat tengah malam all lads n gents also less n gays sekalian. Nie aq nak buat karangan perihal AQ DI PAGI HARI. Hari nie cuaca sangat baik dan mood aq sangat sempurna. Pertama kali aq fikir wake up is more worth than sleep. Nampaknya kematangan aq semakin terserlah. OK STOP, aq tipu!!!

Pagi tadi aq bangun pukul 9.10 pagi. Memang buang tebiat habis. Xpernah-pernah aq bangun seawal nie kecuali bom meletup, gempa bumi 16 skala riktur, dan pergi Class. Kebangkitan aq diawal pagi adalah sebeb siren anti maut General Bersara Rosniah Mohd atau lebih dikenali dikalangan prebet sebagai “mak aq”. Aq ingatkan langit dah runtuh ke ape la die kejut aq pepagi buta, rupanya suruh temankan die g shopping barang dapur. Aduh kacau btul la, mimpi plak tengah syok. Memandangkan aq sorang je anak solehah diakhir zaman, aq pun ikut la jugak. Di pendekkan cerita, lepas beli barang dapur kami singgah petrol pam.

Situasi di petrol pam.


Sambil-sambil tunggu mak aq isi minyak keta 2, aq pegi la masuk kedai nak beli chewing gum. Dalam mini market 2 xder la ramai orang, 2,3 orang jer. Tapi ada sorang lelaki menarik perhatian aq. Hensem?? Boleh tahan la kalau stakat nak jadi balak no 16 aq. Tapi dressup up die lawa. Die masuk kedai 2 sebab nak beli rokok.

Lelaki : Bang bagi saya Dunhill merah 2 sebungkus

Casher 2 pun ambik la rokok Dunhill 2 bagi die. Dalam kepala otak aq dok memuji mamat nie “muka bleh tahan hensem, tp smoker. Reject ah. Trus drop dari no 16 ke out of list. Bila la kempen kerajaan Malaysia nie nak berjaya tentang bahaya merokok nie”. Tetiba lelaki tadi bersuara….

Lelaki : bang boleh bagi saya kotak yang lain x bang.

Casher : nape bang? Ad masalah ker ngan rokok nie..?betul la kan abang mintak Dunhill merah tadi.

Lelaki : a'ah btul, tapi gambar yang nie saya dah ada banyak dah. Bagi saya gambar yang lain plak la. Yang ad baby 2 ker.

Hahahahaha…. Maunyer aq nak tergolek kat c2 juagak. Korang tahu kan gambar ape yang lelaki 2 maksudkan.?? Lepas mamat 2 kuar je, aq n casher 2 bantai glak kaw-kaw punyer. Xpasal index komposit aq jatuh mendadak sebab gelak overbroad. Nampak sangat kempen Kerajaan Malaysia sangat berjaya dan memberi kesan yang mendalam.

6 comments:

Kei said...

boleh pulak mamat tu komplen nak gmbr lain. T__T.apekah?

therealme... said...

2 namanya sengal...haha

Yan said...

hahhh??? macam ni punye orangpn ade eh..

kadang akak pasan gak diorang bawa kotak tu.. terang2 kat kotak rokok tu tulis ade TAR.. tar jalan tu hah.. tp diorang tetap nak sedutkn.. ish ish..

salam dik..
jemput ke blog undi anak akak yer
tq
http://www.mayaqarmyla.net/2010/12/jom-vote-adik-dhuwa-haziq.html

Gen Fujita said...

Seriously though, mengumpul kotak rokok utk koleksi boleh jadi hobi yang agak menarik.

sarah said...

aku tak pernah tahu pulak kotak rokok ada macam-macam style.
macam-macam.

therealme... said...

gen : kumpullah selagi mampu...
sarah : mmg macam2...aq pun naek heran...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...