Pages

Monday, February 28, 2011

Title ikut mood korang



Bila kepala dah cecah bantal, badan bersalut selimut serta beralas tilam empuk, mata pulak mogok. Buat demostrasi aman nak menjatuhkan fungsi badan keesokan harinya. Hampir setengah jam aq berusaha menjana air liur basi serta buka kilang tahi mata tapi still jugak xberhasil, keputusan muktamat…. GIVE UP..!!! bangun on9 lagi baek. Huh.!! Pertama kali aq rasa wakeup is more worth then sleep. Dah xberapa panjang umur agaknya bila tebiat dah tercampak diluar radar. Agrh, aq bukan berlagak tuhan nak tentukan takdir, Cuma mengingat kematian untuk meningkatkan iman.

Terngiang-ngiang pulak bebelan mak aq “tuhan xbagi ape yang kita nak mungkin sebab tuhan ada rancangan yang lebih baik untuk kita”. Mungkin tuhan belum bagi aq lena sebelum bertahajud dan mengaji sepam dua. Tapi apa aq buat, melayan benda lagha(abaikan spelling) xtentu pasal. Aduh, jom smayang….

Friday, February 25, 2011

Judging or Understanding..???


Setelah otak aq gagal untuk terus fikir pendahuluan karangan hari nie, maka aq ambil keputusan untuk berputus asa dan proceed pada isi pentingnya. Tapi satu lagi masalah timbul bila aq rasa isinya xbrape nak penting. Disebabkan kelembapan otak aq yang bertambah-tambah melampau aq terpaksa menipu yang isi kat bawah nie sangatlah penting untuk dipost disini. So, silalah baca.


At the first place, I’m failed in judging people at first impression. Bagus juga sebab aq akan sentiasa fikir positif tentang setiap manusia yang aq jumpa. Dulu time aq sekolah, aq cukup xsuka dengan lelaki yang lepak atas motor kat tepi jalan. Nampak sangatlah haprak n xder masa depan. Tau nak merempit jer, menyusahkan mak bapak dan sama sekali xleh nak wat laki. Tapi dalam masa yang sama, aq sangatlah curios dengan kehidupan diaorang. Kenapa diaorang lepak kat situ, ape diaorang buat, dah xder keje lain ker, n macam2 lagi la. Agak-agak diaorang nie baik x, study lagi ker or jadi kutu rayau 2 part time job diaorang, mungkin juga full time. Argh mencanak-canak persoalan muncul dalam kepala otak aq nie.

Pot diaorang adalah kat sebelah kedai burger yang 2,3 langkah dinasour dari rumah aq. nak kate melariskan kedai burger 2, xmaju-maju pun kedai 2 aq tengok. Lagi pun xker boleh mengundang kepada muntah bertubi-tubi kalau hari-hari makan burger je. Aq nak pegi beli pun dah naik segan dah. Aq nie pemalu tau. (kelip-kelip mata, tangan tongkat dagu sambil mulut lagak muncuk itik. Gaya minta dipijak).


Tapi ada satu peristiwa yang buatkan aq rasa bersalah kerana pikir yang bukan-bukan pasal diaorang. Ceritanya bermula apabila anak jiran aq, Ainul yang time 2 baru umur 4,5 tahun tergedik-gedik lari sana-sini & tersasar lariannya ke tengah jalan then ada satu kereta datang dengan xbrape nak laju ketepek langgar bontot si Ainul lalu die pun tergolek lah atas jalan ber-tar. Dengan pantasnya abang-abang yang lepak kat kedai burger 2 berlari-lari dapatkan si Ainul then angkat die masuk keta yang dah langgar Ainul tadi. Bawak pegi hospital la kot. Then salah sorang dari mereka datang menuju semakin dekat dan dekat ke arah aq yang kebetulan baru keluar rumah nak pergi tuisyen. “dik, tau x kat mana rumah budak 2”. Aq pun jawablah, “tau, jom sy tunjukkan”. Ek eleh, padahal kalau aq g tau pun mamat 2 bleh cari sendiri, bukannya susah, selang 2 rumah dari rumah aq jer pun. Saje nak rapat lebih ngan mamat nie. Ada can la aq nak interview die nanti.

So, bila dah sampai rumah Ainul, aq dan mamat nie bergabung tenagalah menjelaskan ape yang berlaku kat Makcik Rosmah, mak Ainul. Makcik Rosmah sruh aq temankan die pegi hospital skali sbb suami die xder. Memandangkan Makcik Rosmah xreti bawak keta, mamat nie kena la jadi driver xbergaji. Sambil tunggu Makcik Rosmah bersiap, aq berkenalan lah dengan mamat nie. Name die Hasrol. Study lagi, tp die xcakap plak die study kat mana. Borak punyer borak, makcik Rosmah potong stim plak.

Sampai jer kat hospital, member2 Hasrol tunjuk la kat mana Ainul. Xdela la truk sgt, luka skit jer. Sementara menunggu Makcik Rosmah uruskan Ainul, aq lepakla ngan diaorang kat luar bilik kecemasan. Aq nie easy going, so xder la segan sgt, diaorang pun ok. Diaorang nie student U semua. Alif & Husni student UITM. Mukmin student USM & c Hasrol study kat Jepun. Diaorang lepak kat c2 sebab kedai burger 2 member diaorang yang punyer. Lepak2, borak2 habiskan masa cuti sbb time lain ssh nak jumpa.


So lepas aq dah kenal diaorang nie aq jumpa something dalam hidup, first impression of judgment is bullshit. Diaorang baik, xjahat. Diaorang ada masa depan yang cerah, diaorang sangat lah merendah diri, xblagak. Diaorang bukan kutu rayau biasa tapi upgrade n educated of kutu rayau. Hahaha

Setelah seronok gelak ngan diaorang stengah mati, dengan xrasminya aq dah jadi sebahagian dari member diaorang. Tapi, keesokan harinya aq rela dalam terpaksa menala bontot untuk disebat oleh cikgu Asiah sebab ponteng kelas tuisyen biologi kat sekolah.

Tuesday, February 22, 2011

who is the fu*king GOD wannabe..???



Ada SIAPA lagi yang nak kate AKU bakal masuk neraka sebeb dengar lagu Avenge Sevenfold, Creed dan KAU masuk syurga dengar lagu Rabbani, Raihan, Maher Zain setiap masa..??

Ada SIAPA lagi yang nak kate DIA bakal masuk neraka sebab xbertudung litup dan KAU masuk syurga bertudung belit bagai..??

Ada SIAPA lagi yang nak confermkan AKU masuk neraka sebab berjeans & t-shirt dan DIA masuk syurga sebab berbaju kurung..??

Ada SIAPA lagi yang kafirkan DIA sebab sokong _________  dan Islamkan AKU si penyokong _______ yang selalu berkempen berlandaskan Islam..??

Ada SIAPA lagi yang kafirkan AKU c peguam dan Islamkan DIA c Ustaz..??

Ada SIAPA lagi yang nak muratdkan AKU yang menapak ke consert & gig dan Islamkan DIA yang melangkah ke masjid & ceramah agama..??

Ada SIAPA lagi yang nak kafirkan KAU yang jadi penyanyi dan Islamkan DIA yang kerja kerajaan..??

Ada SIAPA lagi yang nak murtadkan AKU sebab sumbat perut dengan western food dan Islamkan DIA sampai akhir zaman kerana sumbat mulut dengan asyura tapi hati xtau ape tujuan..??

Ada SIAPA lagi nak confermkan KAU masuk neraka melepak berborak dengan bukan muhrim dan DIA bakal ke syurga duduk dalam bilik bersama kaum sejenis mengutuk si anon yang diagak-agak xberiman..??

Ada SIAPA lagi yang nak masukkan KAU ke neraka sebab keluar sambut V-day dan confermkan AKU ke syurga sebab hanya sambut hari ibu,hari bapa, tapi xtahu ape itu maulidur rasul, awal muharam..??

Ada SIAPA lagi nak jadi TUHAN lepas nie..?




Memandangkan SIAPA bukan TUHAN & xkan pernah jadi TUHAN, mana hak dia nak tentukan tempat AKU, DIA & KO..??



Wednesday, February 16, 2011

Headphone boleh membunuh



Jam menunjukkan pukul 9.20 pagi. Mood boring aq mencanak-canak membuahkan pemikiran celaka yang sangatlah mengarut dan xlogik di dunia nyata. Xpayah nak tanyer kenapa manusia seperti aq nie yang xpernah bangun awal kecuali bom meletup, gempa bumi 60 skala riktor @ ada klas (2 pun kadang2 terponteng) terbangun terlalu awal hari nie. Sebabnya xlain xbukan dan xperlu dipersoalkan lagi, aq kena pergi pejabat melunaskan sesi internship yang masih berbaki 3 bulan stengah. Sepanjang time aq praktikal nie, aq sedar satu perkara, jadi student adalah lagi nikmat daripada jadi seorang pekerja lagi-lagi kat office. Neuron-neuron dalam otak aq mula berjalan merentas masa kembali ke zaman kesewelan aq bersama member-member di UTM. Setelah penat, neutron 2 brenti kat library Sultanah Zanariah.

Citer pasal library, ad satu kes yang buatkan aq rase xnak masuk library seumur hidup. Time nie aq tengah lepak-lepak ngan member  sesewel aq, Ayim. Mamat nie ad satu tabiat xbrape nak baik, die suka pegi memana bersama headphone yang berselirat kat leher n trus disambungkan ke telinga. Tapi xkesah la, die xganggu aq pun. Tempat nie kekal sunyi sepi sampai kalau ad mamat yang duduk 30 batu nautika kentut pun aq boleh dengar, cuma baunyer saja yang mungkin malas nak menapak sejauh itu. Dengan penuh nafsu ghairah aq bukak laptop untuk kecap nikmat syok on9. Aq masuk library, 2 jer tujuan nyer. Sebab internet kat sini laju sikit dari kura-kura bengkak lutut. Jangan xpercaya, selama 2 tahun stengah aq kat UTM nie, aq xpernah pinjam 1 buku pun kat library. No pin pinjaman pun aq xingat. HAHAHA.


Tetiba mamat Ayim memecah kesunyian yang damai lagi menyenangkan. “Bell, esok temankan aq g jumpa Dr. Syuib. Nak ambik last year punyer paper.” Aq rase macam nak tumbuk-tumbuk lumat mamat nie n campak dari tingkat 14 dengan kejam tanpa belas kasihan. Sebab die jerit kemain kuat macam aq ada 25 kilometer dari die. Die aim aq pekak macam die r 2 gamaknya. Telinga bersumbat dengan headphone, ps2 nak lantun suara bajet orang xdengar. Bila aq buat isyarat sruh diam, die boleh g tanyer kenape dengan muka bebal xder perasaan + xreti bahasa + dengan suara macam petir. Celaka sungguh. Yang buat aq nak sorok muka dalam mangkuk jamban time 2 jugak, bila semua manusia yang ad kat situ pandang kitaorang. Aq pun ape lagi, ambik buku then hempuk la c Ayim smbil tarik die punyer headphone. “ko kalau nk cakap ngan aq make sure telinga ko xpekak n mulut ko separuh bisu.” Hangin btul la aq. Menjatuhkan index komposit aq dengan mendadak sekali.

Moral of the story : lempang orang yang pakai headphone sblm die brani bukak mulut. And pada yang pakai headphone, klau nak bercakap sila bukak headphone anda sebelum anda dilempang sebelum anda  bukak mulut.

p/s : jangan maki aq sbb tajuk nak gempak aje. hahaha

Saturday, February 12, 2011

Valentine's day haram..????


Xder aper yang best dihari minggu macam nie selain membuta setengah mati. Bersosial..??? argh 2 boleh difikir kemudian kalau berkesempatan kerana keutamaan nafsu aq sekarang adalah tido. Aq bukan nak bangun lambat sangat sebenarnya, tapi smalam aq tido pkul 3 pagi melayan adik aq yang terkena bahana pertukaran zon waktu. Teringat pulak aq topik hangat kat twitter yang buatkan aq nak tergelak golek2 sambil angkat kaki menujah langit. Topic ape lagi yang best di bulan February ni kalau bukan pasal V-day.


Xpayah aq nak cerita panjang-panjang tentang ape ke benda jadah nyer V-day nie sebab aq pasti setiap manusia even yang duduk kat ceruk hutan amazon pun tau. Tapi aq nak kongsi sikit pandangan aq tentang hukum menyambut V-day nie yang dikatakan haram.

1 benda yang aq sangat xsetuju tentang pengharaman V-day nie yang dikaitkan dengan isu di Granada, Spain yang diemailakan pd aq. Memandangkan aq rajin hari nie aq cerita lah sikit ape yang berlaku kat Granada yang orang dok kaikan dengan celebration of V-day nie. Cerita tentang keruntuhan Islam yang diambil alih oleh Kristian sebab perebutan kuasa. Selepas peralihan kuasa, umat Islam diseksa dan dimurtadkan beramai-ramai. Mereka dipastikan masuk Kristian atau blah dari Andalus. Pihak Kristian berusaha membersihkan darah Islam dari mengalir di bumi Andalus. Dan pemikir-pemikir jumud yang bertutur kononnya berpaksikan Islam menharamkan sambutan V-day pada 14 February disebabkan kisah keruntuhan Islam nie yang mana kalau sambut V-day samalah dengan mengagungkan keruntuhan Islam. What bullshit..!!! sebenarnya banyak versi tentang kaitan keruntuhan Islam yang jatuh pada tarikh yang sama dengan V-day nie. malas pulak aq nak cerita semua.


Pada aq, V-day adalah satu simbolik je bagi pasangan kekasih yang menggedik nak beromen-tik lebih. Diaorang sambut hari memperingati kekasih semata-mata nak show-off yang diaorang ada balak n aweks jer disamping buat anak untuk dicampak dalam tong sampah atau mana-mana longkang berkenaan. xder kena mengena dengan mengagungkan keruntuhan Islam bagai.

Kenapa mengharamkan sambutan V-day…??  Kalau sebab isu di Granada Spain atau isu umat Islam keruntuhan Islam yang jatuh pada tarikh yang sama dengan V-day memang bullshit lah. Kalau orang yang mak dia terberanak 14 Feb, bermakna dia xboleh nak celebrate birthday dia lah. Owh naye. So mak-mak dan ayah-ayah, rancanglah betul-betul supaya anak korang  xdiberanakkan pada tarikh 2 yer.

Dan kalau nak haramkan sambutan V-day sebab menyerupai amalan orang bukan Islam, aq sangat setuju dengan Art_Harun yang member persoalan yang sangat clear. “Nat tanya Jakim, V-day haram. Istiadat bersanding halal? Merenjis halal? Tepung kunit halal? Naik tiang halal?” “Jakim – Istiadat berinai halal? Mandi Raja halal? Bawa cokmar masuk parlimen halal? Cium keris halal? Istiadat batal air sembahyang halal?”


Kalau nak haramkan sambutan V-day sebab maksiat berleluasa, korang patut juga haramkan sambutan New Year n Hari Merdeka juga sebab…… argh aq tahu korang semua bijak pandai untuk mentafsirkan apa sebabnya. N kalau orang nak buat maksiat xpayah tunggu hari-hari seperti berikut aq rase. Tiap-tiap hari pun boleh. Perhatikan disetiap ceruk alam nie, pergaulan bebas setiap saat berlaku, dah xheran dah. Xpayah nak sentap sangat lah pasal V-day bagai nie.

Ahhh pada aq jangan nak haramkan sambutan V-day. Haramkan maksiat. Jangan nak ganggu orang nak sambut V-day, ganggu orang yang buat maksiat terang-terangan. Tak semestinya umat Islam yang sambut V-day akan automatic buat maksiat. Sambutan boleh bermacam-macam cara. Sekadar ucapan misalnya. Apepun V-day hanya satu simbolik yang disambut serentak oleh manusia dimuka bumi.

My perspective about V-day, it’s just a day…..

Surat dari Setan !!!


Heiiiiii member, ape khabar ko hari nie..??? nampak sangat ko memang sihat. Klau x, ko mesti ingat tuhan punyer. Tapi skang nie xder langsung kalimah Allah kat kepala otak ko. Ini meyakinkan aq ko memang sihat.

Aq dah lama perhatikan ko sebenarnya. Cara hidup ko memang macam setan sejati. Macam kaum-kaum aq la. Hari-hari ko bangun dah la xbrapa nak pagi, xsmayang subuh plak 2. Erm… kagum aq. time ko makan plak, kemain lahap agi. Xbace bismillah pun. memang dasar xtau bersyukur la ko nie. Xper, nak geng ngan aq kena la macam nie. Baru brader sket. Satu lagi yang aq suka tentang ko nie, ko buang masa maen game berjam-jam tapi nak smayang 5 minit pun ko berkira. Memang bagus. Ko bleh tido lambat sebab layan porn, pastu x smayang isya’ plak 2 sebelum tido. Memang terbaik la ko. Aq xtau la macam mana aq nak cakap betapa aq suka n sokong cara hidup ko skarang. Relex r, dah tua nanti ko bertobat r. bukan susah pun.


Dah bertahun aq hidup ngan ko nie. Aq bukannya sayang ko sangat pun, malah aq benci ngan ko nie. kenapa…?? Sebab aq benci dengan Allah. Aq nak gunakan ko sebab dendam aq ngan Allah jer. die dah campakkan aq dari syurga, so ko pun xboleh masuk syurga!!! FAHAM???

Aq jeles giler, manusia xreti nak bersyukur macam ko nie pun Allah still ad rencana masa depan untuk ko. Apesal la die sayang lagi kat ko nie. ko hidup xder la susah pun aq tengok. Tapi ko dah serahkan hidup ko kat aq, so masa depan ko mungkin xsecerah anugerahNya lagi. Jangan risau, selagi ko dengan aq syurga dunia tetap milik ko. Porno, maki hamun, mencarut, judi. Sedap kot semua 2. Ko xyah nak tesion2. Ko minum jer kencing aq nie, conferm aman punyer la. Makan dadah nie, ko xkan mati punyer la. Klau ko mati pun, ko puas. Bleh rasa benda nie. Eh rugi la ko xrasa. Hidup nie skali jer. Weh ko tengok perempuan 2. Lawa siot. Ko xnak try ker. Mana la tau syok. Ala skali jer, pastu ko tobat r. ko orang Islam, jangan risau, klau masuk neraka pun kejap jer. Nanti last-last ko masuk syurga balik. Ko nak takut ape.

Haaaa tengok!!! Semua yang aq suruh ko buat. Aq gelak jer r. Best kot perbodohkan orang blagak pandai macam ko nie. Dosa pahala ko dah xheran dah. Ko bukan jer ikut cakap aq, ko ajak member-menber ko berjemaah skali. Memang terbaek punyer member r ko nie. Menambahkan koloni setan, bagus aq suka. Ko tunjuk plak prangai ko kat budak-budak. Conferm diaorang admire ko. Ko jadi famous beb. Try r.


Ok r, aq blah dulu r. tapi jangan risau , aq datang balik. Xkan nak biarkan malaikat sebelah kiri ko dok diam jer. banyak lagi buku-buku die nak tulis untuk ko. Tapi kalau ko cerdik, ko g blah bertobat. Nak ingatkan orang ni bukan style aq. Tapi umur macam ko nie still xingat tuhan memang plik la. Sedar skit rumah sruh blah, kubur dah lambai-lambai 2.   

Tuesday, February 8, 2011

Kecamuk

Assalamualaikum...


Kalau nak dikirakan guna jari tangan + kaki n campur skali jari jiran sebelah pun belum tentu cukup nak kira kegagalan aq dalam hidup nie. Tapi kegagalan paling besar yang aq perlu hadapi sampai sekarang adalah gagal mengarahkan otak berjalan selari dengan hati. Salunya bersimpangan, then kalau bertembung mungkin berantakan. Bertambah huru-hara bila ada campur tangan nafsu. Semua nak buat hal masing-masing. Degil, xnak bekerjasama. Then after all, aq lah mangsa keadaan. Ok… Silalah kesian.

Mak aq kate mata dan hati biar pandang ke depan, tapi jangan sekali-kali tinggal otak kat belakang. Tapi yang aq pasti mata aq saja yang betul arahnya. Hati dan otak belum tentu lurus, inikan pula nak kedepan. Kadang-kadang bila hati exited nak menapak ke depan, otak pula ragu-ragu. Bila otak optimistic, hati yang xpasti. Nafsu..?? argh susah nak cerita. Nampaknya aq perlu sujud untuk cari titik persefahaman. 

Saturday, February 5, 2011

Untitled...


Assalamualaikum…..

Aq nak mulakan dengan sesuatu yang baek hari nie. bila aq bace balik semua entry aq sebelum nie, xpernah dimulakan dengan salam. Bapak jahil aq nie. start2 jer nak mencarut. Ish2 mmg truk. Memandangkan entry aq semuanya berbentuk ilmiah dan baek-baek belaka, maka bolehla dimaafkan. Hahaha. First of all, aq nak tanyer soklan typical bagi setiap permulaan. Sihat..??? Memandangkan korang tengah menghadap skrin laptop berfacebooking, layan porno, blogwalking manually then u are well enough to read my ridiculous post today.


Ah sudah, aq xtau nak update aper nie. daki2 kat celah otak aq dah bersih agaknye kena cuci ngan mak aq smalam. Sampai sebegini kosong aq rasa. Nak cakap sal adik aq…???ah die dah slamat sampai Jeddah. Nak tunggu sampai Mlaysia jer aq bagi plempang laju2. Menggedik nak pegi Mesir, org sruh g Jepun xnak. Sebab die punyer kes kat Mesir aq terpaksa padamkan hasrat suci lagi murni nak study abroad kat Autralia. Umi ngan Abah aq dah buat sekatan besar-besaran. Perintah berkurung. Sambung jer kat Malaysia. Asal la aq xsambung dulu sebelum die.??? Owh damn. Nampaknyer aq kena cari laki yang bleh bawak aq lari g Australia kot. Ok tawaran meletop terbuka. Tampa perlu isi borang, tanpa terma dan syarat. Sape yang mampu bleh ajak aq kawin skang.!!!

Ah bagus jugak sambung dalam Negara nie. xpayah la aq nak catu makanan harian, kawal keborosan, study sengit2. Result aq bukannyer chantek sangat pun nak dapat sponser bes2. Bab kate orang hujan emas di Negara orang, hujan batu di Negara sendiri, lagi baek salji di Sunway Lagoon. Eh yeke Sunway Lagoon ad salji, ke Sunway Piramid or Subway..?? 

Thursday, February 3, 2011

Emo xpasal-pasal



Disaat otak tidak lagi sanggup bersenggama dengan hati, aq cuba bertenang dengan menyusuri music yang dianggap memekak oleh orang yang xbersefahaman. Aq xsalahkan diaorang, minat setiap kejadian tuhan obviously sangatlah berbeza. Selagi aq xganggu die dan die masih berbuat perkara yang sama,masalah xkan timbul pada pandangan aq. Cuba berjalan dengan kasut aq untuk beberapa ketika,pasti ko akan faham.   

Tuesday, February 1, 2011

Critical Situation 2

Adik aq call tadi. alhamdulillah die selamat kat Malaysian Hall. Tapi kat sana xder bekalan makanan n tempat tinggal yang mencukupi. adik aq n the geng terpaksa duduk kat surau. Ada yang duduk kat dewan serbaguna. Apapun alhamdulillah slamat. tapi bekalan makanan amatlah kritikal. untuk hari nie, budak-budak xdapat makan ape pun. klau ada yang bawak bekalan sendiri 2 ok la. Yang xder, terpaksalah berlapar. last dapat makan, smalam. adik aq kate lagi, die pergi ke kedutaan dengan teksi. aq rase kedutaan patut sediakan transport tuk student yang jauh. macam student yang ada kat Cairo macam adik aq, xper la, dalam masa sejam dah sampai. macam mn dengan budak yang duduk kat Alexandaria, Zagazig n laen??? mmemang la sangat bahaya untuk bergerak sendiri lagi2 yang perempuan.

nie sedikit sebanyak update keadaan kat mesir.

nie aq dapat dari blog Umar



Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.
picture credit to krisis mesir

Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.



post credit to umek.thanks for posting this babe. i wouldnt understand unless you post it. and im praying that my aunty and all malaysian at egypt is alright. amin.

and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have.spread it please.
thank you. :'(
Scrollbox Code

yang nie plak aq dapat dari blog Ashraf yang diambik dari blog Ariff



Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
Scrollbox Code

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...