Pages

Thursday, October 13, 2011

Memori September


Kaki yang tadi lurus aku lipat rapat ke dada. Lalu aku peluk. Sesekali mata pandang ke langit yang dari tadi belum cukup jemu mencurah rahmat ke bumi. Aku intai pula jam di diding dari balcony tempat aku sedang berjimba. Tepat 4.25 pagi. Bukan aku tak pejam untuk malam ini. Aku cuma celik semula setelah aku nampak dia. Dia yang pernah aku peluk cium suatu masa dulu. Dia yang ribanya menjadi alas kepala ketika minta dibelai. Dia yang aku rengekkan pohon kasih sayang. Dan dia yang pergi tanpa sempat aku iring dan kucup buat kali penghabisan…

Maaf wan, kakak lambat…

Tak mengapa, untuk malam ini saja aku relakan jiwa mengiringi rentak legasi langit itu.

9 comments:

ghost said...

soal telat buat aku terus terfikir tentang aku.

xynophillious said...

telat yang tak boleh kita sesalkan kerana tuhan x benarkan...

penjajah minda said...

relakan saja..

hanaahmad said...

jangan dikesal. ia menyakitkan.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

aku juga kesal saat aku tiba di perkarangan,dia sudah pun di bawa pergi.

kalaulah masa itu mampu di putar semula...

xynophillious said...

@penjajah minda : aku sedang mencuba..tp aq rindu dia..

@hanaahmad : ya mmg sakit

@pembunuh tanpa bayang : sakitkan?? tp takdir tuhan tu ada sebabnya

Unknown said...

biarlah terus bersemadi dalam kenangan

Anonymous said...

erm, sakit.

si ngokngek said...

persetankan perasaan,jgn kau ratap,nnti dia sakit..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...