time aku rasa aku masih bertuhan untuk persoalkan tentang perjalanan hidup dan mati aku, kenapa mereka seperti merancang sesuatu konon yang terbaik dengan hanya meletakkan 'kalau' dipangkal dan 'mesti' ditengah ayat celaka yang aku mungkin xnak dengar untuk keluar dari sisi gelap kehidupan. dengan words 'rugi betul' aku rasa macam nak murtadkan manusia ni dalam hidup aku. macam mana aku nak ajar die 'let by gone be by gone' cara yang budak paling bengap terencat akal pun boleh paham??
whatever the hardship may be, it is only a matter of days before BETTER TIME ARRIVE...!!!!
Wednesday, July 27, 2011
Tuesday, July 12, 2011
Ujian
Baru-baru nie aku keluar menghidu hancing dunia bersama member-member celaka. Maunya xcelaka, kemain lagi janji nak kluar lepas jumaat pukul 2, tapi pkul 3.30 baru nak mengangkat bontot keluar rumah. Biasalah, memandangkan semua member-member aku tu melayu, hal-hal begini xberapa nak heran. “Nawaitu keluar berfoya-foya nie xpe kalau xsegerakan pun”. Itu alasan paling bajingan pernah aku terima sebab nak menutup perangai munafik mungkir janji. Hahaha ...Tapi xper, enjoy tetap perlu wujud dalam diari hari ini.
Seminggu, siang dan malam aku hanya di wad 1 TD hospital USM, dikelilingi pesakit kanser buatkan aku rasa lebih bersyukur kerana aku bukan salah seorang dari mereka.Xpayah nak cerita, hospital bukan tempat yang menyenangkan bagi aku sebenarnya. Kerana memikirkan tanggungjawab, aku gagahkan juga. Dan kerana tanggungjawab itu aku mengenal kehidupan.
Kagum dengan ketabahan mereka juga melekat sedikit sebanyak dalam jiwa kosong ni. Mana xnyer, hari2 muntah, xboleh makan, xboleh bangun, sakit dengan kimo, operation, tapi sikit pun xmerungut. Aku pulak, calar sikit dah gelabah. Apa agaknya perasaan Wan??? Sebelah kanan aku, seorang perempuan, makcik sairah namanya, yang xpunya anak dan suami terlantar kanser pankreas buatkan aku lebih menghargai manusia disekililing. Betapa bertuahnya aku punya mereka yang sudi bersama aku ketika susah dan senang. Aku harap punya ketabahan dan kekuatan seperti mereka.
Sebesar mana ujian yang tuhan bagi pada aku, besar lagi ujianNya pada orang lain. Cukuplah aku merungut sepanjang hidup ni, bukan pada kehidupan yang akan datang. Aku juga harap Wan terus kuat dan tabah. Apa pun aku perlu sedia dengan segala kemungkinan walau aku tahu mana mungkin aku cukup sedia untuk kehilangan. Harapnya suatu hari aku sedar yang tuhan lebih sayangkan dia.
Aku enjoy diluar hari ini, macam mana agaknya keadaan Wan dirumah?? Namun dia kata "Pergilah, kamu juga perlu ada kehidupan, Wan xapa-apa"...
p/s : apa yang lebih celaka hari ini, aku kalah teruk main bowling!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)