Pages

Monday, January 31, 2011

Critical situation

Selain fail masak nasi even guna rice cooker, aq juga fail nak tenangkan hati mak ngan ayah aq yang tengah berkecamuk risaukan keadaan adik aq kat mesir. Bertambah-tambah merisaukan lagi bila adik aq 2 perempuan n duduk kat tempat paling membimbangkan, Sayyeda Zainab, Cairo. Dah la nasib student Malaysia xtau macam mana lagi nie. time nie communication technology dah xbermakna coz internet n talian telefon dah ditutup. Last mak aq videochat ngan adik aq, Rabu lepas. Pastu dah xleh nak contact sebab semua talian dah ditutup. But semalam ayah aq dapat contact no celcom die, everybody seem get a little bit relief.




Nie aq nak kongsi situasi bila ada family duduk kat tempat bergolak.
  1. Tepat pukul 8 malam, semua berkumpul depan tv, tgk berita perdana. Padahal selama nie, time macam nie semua betapa dalam bilik masing-masing.
  2. Hari-hari search internet cari news pasal tempat bergolak 2.
  3. Bila dengar ramai dah yang mati, jantung mula la nak melompat keluar.
  4. Keep calling them in any ways yang terlintas kat kepala otak.  
  5. Xkisah berhabis buat roaming call, sebeb dah xder cara lain nak contact. Dapat dengar suara pun dah kira ok.
  6. Laptop ayah aq mesti on 24jam mn la tau tetiba internet dah disambung kat sana n dapat video chat ngan org kat sana. Laptop aq n PC xyah citer la, mmg on 24 jam pun slama nie.
  7. Risaukan bekalan makanan bila perintah berkurung diishtiharkan.
  8. Risaukan keselamatan sebab banyak jenayah jalanan.
  9. Maki hamun Husni Mubarak sebab gila kuasa.
  10. Keep wondering kenapa kerajaan Malaysia still xambik tindakan kat student kat sana. (menurut adik aq, die still xdapat nak contact ngan kedutaan Malaysia).
  11. Bila kat tempat keje asyik ngadap jam kira time nak balik umah. Mn la tau dapat ape2 berita dari kedutaan ker, or dari mana-mana NGO. Maybe diaorang call umah ker aper. Xsaba nak balik umah gak sebab nak search internet.
  12. Pepagi plak, ada la yang lebam bijik mata sebab xdapat tido smalam, byk pikir. Nie slalunyer jadi kat kaum ibu la. Xterkecuali mak aq.
  13. tel rumah n nset asyik ringing xbrenti sbb dapat call dr sedara mara yg nak tau perkembangan.

Ape yang boleh aq buat, just keep praying for their safety. Hope nasib student Malaysia kat sana terbela. N aq juga harap  adik aq n student Malaysia kat sana bleh tahan ngan critical situation nie.


Friday, January 28, 2011

past or future ???


Jika langit tak secerah hari sebelumnya, awan tak seindah biasanya, ataupun sang mentari tak menampakan sinarnya, bukan bererti hari tak kan berganti. Ya hari tetap akan datang walaupun hujan lebat mencurah-curah + petir berdentum-dentum macam langit nak runtuh. Eh kejap, ape yang aq mencarut nie. owh nie mesti sebab hari hujan + cuaca sejuk. Otak aq pun xterkuali membeku dibawah paras bahaya dan aoutomatik jadi lembab selembab kura-kura di gurun Kaktoa.


Sempena meraikan hari hujan dan cuaca sejuk aq nekad untuk bergulung dalam selimut dan bergolek-golek atas katil. Aktiviti sebegini amatlah baek untuk generate kepulan awan-awan impian dari kepala otak beku aq. Ahhhh payah no nak paham, BERANGAN la senang citer. Sory yer, aq pun xtau ape dah jadi dengan bahasa aq yang tersangatlah melayu mengalahkan A.Samad Said hari nie.

Ape yang aq angankan..??? Aq berangan nak kembali ke masa lampau. Ape?xlogik.. dah name pun berangan, biar r up sket. Aq nak pegi balik zaman aq kanak-kanak. Boleh wat perangai xbrapa nak senonoh sebab masa 2 xtahu malu lagi. Boleh maen jer, xyah nak risau sal assignment, projek, CGPA,practical yg ntah pape n segala bagai 2. Tapi bila difikirkan balik, agak xberguna bila balik pada zaman kanak-kanak. Sebab pada zaman nie, adalah zaman keseronokan semata-mata. Xder life. Tau makan, berak, maen n tido jer. xde challenge langsung.


So aq up sket, aq nak kembali ke zaman high school. Aq nak ubah banyak benda. Aq nak masuk sekolah berasrama, so aq maybe jadi baek skit. Aq nak masuk balik sport yang aq xberpeluang nak masuk. Aq nak study jer sepanjang masa so aq bleh dapat straight A. Aq xnak dikenali dikalangan guru sebagai budak nakal, suka merayau, ponteng klas 2 xder hal bagi aq. Aq nak terima balik tawaran jadi prefect sebab untuk budak nakal cam aq mmg banyak advantage. Aq xnak gaduh ngan budak laki kat koridor. Aq xnak kacau member2 klas aq time diaorang study. Aq xnak tumbuk S**** sebab die ejek aq. Aq xnak sepak-sepak kaki budak laki bila aq xpuas ati ngan diaorang. Aq xnak buang masa lepak kat blakang klas time cikgu xder. Aq xnak kena denda depan assembly sebeb macam-macam sebab. Aq xnak g panjat menara tangki air semata-mata nak tengok view sampai tangan aq berparut luka kena kaca. Aq xnak……… ah banyak la klau nak citer benda-benda xbrape nak baek aq dah buat.

Tapi, kenangan 2 terlalu indah untuk diubah. Well, everybody wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting. Kenangan 2 gak la buat aq tersengih sorang-sorang macam penghuni tetap hospital Permai Baru. Kalau aq xbuat semua 2, ape kenangan yang aq ada?? Nak jadi budak perampuan yang polite, jumpa cikgu bagi salam n tunduk, duduk dalam kelas diam-diam n study jer, time recess pegi kantin pimpin tangan, wth???? Xder life langsung. Aq rasa xberbaloi untuk kenangkan benda macam 2.

So aq xnak lagi kembali ke masa lepas. Aq nak stay pada masa sekarang n kenangkan keindahan masa lampau, dan cipta kenangan baru untuk masa depan. Aq tetap nak jadi aq yang sekarag, nakal, happy go lucky, simple, easy going n little bit optimistic sometimes…. 



p/s : Budak-budak yang aq slalu bertekak kat depan koridor n slalu aq sepak kaki diaorg lah member-member kamcing aq . Budak-budak yang slalu merayau n lepak kat blakang kelas ngan aq semuanya lepak kat U skang, ad yg pegi oversea lg. So sape kate budak nakal xder masa depan..???

Sunday, January 23, 2011

antara kehendak,kemudahan & keperluan

Dizaman epal dan balackberry dah xboleh dimakan n redbull dah boleh sumbat dalam peti ais serta buku xpayah nak belek lg aq rasa nset bukan lagi satu kemudahan tapi keperluan. Kenap? Kenapa? Kenapa? Sebab ketiadaan handset buat aq rase macam orang bodoh lagi bangang sepanjang hari. Aq bukan nak mencapap tentang aktiviti harian aq yang xmenarik langsung kat sini, tapi nak sruh korang jangan buat benda nie klau xnak hidup susah, mati xcukup amal lagi..


First of all, cerita bermula pada pepagi buta. Aq call office ckp g lewat sket sbb nak pegi bank. Walaupun aq nie budak praktikal jer, aq rajin tau, even ad hal aq ttp g office. Then ayah aq pun hantarkan. Memandangkan ayah aq pun banyak keje berfaedah lagi nak buat selain buang masa tunggu aq setel hal bank aq, die pun blah dulu, then bila aq dah siap call je, then die datang ambik. Ok, setelah menunggu turn sampai 2 jam, selesailah hal aq kat bank. Aq pun bukak ler beg nak cari handset nak call ayah. Belek punyer belek, xjumpa. Aduh, tertinggal ker kena cilok waallahualam….

Then aq pun bergerak ler nak cari public phone. Sebelum 2 g tukar syiling dulu kat kedai amoi jual slipper. Tapi malangnyer setelah jauh menapak n 3 public phone dah aq singgah semuanya haram. Ad yg terburai perut, patah tangan n macam2. Ad plak yg xpuas ati ngan aq siap sound2  ag “kecemasan sahaja”. Aq tengah kencingmasam kecemasan la nie wei. So aq pikir, baek aq naik teksi jer pegi pejabat, then bila sampai sana guna phone office call ayh aq nak cakap aq dah slamat sampai office. Menapak lagi pegi pot teksi.

Lebih kurang kul 12.50p.m aq sampai office. Fuhhh lega…. Eh salah, malapetaka. Pe hal plak office tutup nie. OK…OK… relex, diaorang g kuar makan kot. Tunggu, kejap ag bukak r 2. Tunggu punyer tunggu then tunggu lagi dan lagi. Sampai lah kul 2.00p.m. memang sah xder orang nak masuk office ari nie. argh bengangnyer aq. So, ape aq nak buat nie. ok, tunggu teksi then balik tido. Habis citer.


Tapi blom nak ditakdirkan citer habis semudah itu. Teksi memang dah boikot aq secara besar-besaran agaknya. Ape la salah aq. xder 1 pun teksi yang kosong lalu setelah hampir sejam aq tunggu. Pilihan terakhir, pegi tebalkan muka kat kedai makan yang aq slalu makan lunch kat situ then pinjam handset mak cik tokei kedai. Owh damn, malu siot, tapi nasib baek mak cik 2 baek ati n paham situasi. Pas2 aq pun call la ayah aq sruh datang ambik. Lagi jem ayah aq bleh gelak dalam keta. Aduh mmg supportif.

Bila sampai rumah pukul 3.20p.m, handset aq ngah bersenang lenang lepak atas katil. Ad 5 misscall dr office n 2 mesej. “kat office xder letrik, so xpayah la datang yer. Kitaorg semua dah nak balik nie”. mesej diterima pd 11.34a.m. arggghhh tension. So aq xkan rasa nak lempang-lempag  ag anak bos yang tadika 2 pakai N85 tayang-tayang depan aq n pandang aq dengan pandangan penuh persoalan “ko ada???”.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...