Lepas kena panah kemain lagi ngan bapak aku, solat subuh aku xder lah diluar waktu untuk hari nie. memandangkan hari nie hari yang cukup indah dengan kicauan beruk burung dan anjing pun behave kemain lagi xnak menyalak, rasa sayang pulak aku nak tinggalkan alam nyata nie. berhijrah ke alam mimpi belum tentu seindah ini. Nak2 lagi mimpi kena kejar kuntilanak, mau aje berpeluh sia-sia. Ok, kita lupakan carutan perenggan pertama yang xder motif membangunkan Negara nie. Jom lah kita bergerak ke perenggan berikutnya yang mungkin xada motif langsung.
Kekecewaan dalam hidup aku semakin menimpa-nimpa sejak kebelakangan nie. Belum habis kecewa dengan kekalahan Chelsea, terpaksa menahan sebak kes gula naik harga. Tapi aku berusaha memujuk hati supaya gembira dan berbangga kerana aku duduk dalam Negara yang perdana menterinya sangat sayangkan rakyat. Xnak rakyat die kena diabetes. Tahun depan turun la gamaknya statistic pesakit diabetes. Kes lemah jantung pulak yang naik mencanak-canak.
Aku yakin benar ada dikalangan member2 aku dok mencarut “ape le poyo sangat kau nak sentap dengan harga gula naik nie padahal hidup bujang, makan-minum mak bapak tanggung”. Korang ingat aku nie jenis xkesiankan mak bapak ker aper, klau gula dah naik kadar pertukaran wang ke tangan aku makin berkurang. Kadar kekerapan lepak kedai mamak pun makin menurun. Klau macam 2 time bilanya aku nak sembang kencang dengan sang marhaen yang lain tntang masalah Negara yg xpernah nak selesai nie? Mamak nie plak kemain lagi, ambik kesempatan. Air suam pun naik harga. Gula jenis ape la yang dia letak dalam 2 smpai rasanya tawar xingat. Kalau ura-ura subsidi gula dihapuskan jadi reality, nampaknya lagi afdal aku lepak starbuck aje.
Tapi apa yang lebih merisaukan aku, kalau-kalau minyak naik lagi. Xmemasal aku masuk jel yang bapak aku bina hasil kerja tangan sendiri.
8 comments:
banyak komen la ko ni...untung-untung sekarang diwabah jagaan penjaga. kalau hidup sorang makan angin,minum air paip jek la.... dengar2 nasi lemak nak di 'ban' kat sekolah. ramai budak2 obese sekarang ni.
sbb aku hidup dibwh pnjaga la aku kesiankn pnjaga aku..bebudak obese lain cerita.cerita plg best, big mama ttp big..hahaha
nahh. aku pun terfikir macam kau.
sampai bila nak susahkan mask bapak lagi kan?
*word veri=thypo*
heehe
owh aku memang typo memanjang..ikut sedap sebut jer..hehehe
bukan satu dosa atau perilaku luar tabie jika kau kisah pasal negara,pasal dunia, pasal alam semesta.
persetan depa kata apa.
yang menanggung esok lusa kau juga. biarlah kau nak amuk maki hamun pon, itu hak kau untuk bersuara. tehel with world.
btul fiq,aku risau pasal masa dpn aku gak. ye dak?
tapi stakat nie hanya mmpu risau jer la dlu..hehehe
lu tak payah kecoh pasal minyak ke ,gula ke,....bukan mati pun kan...kalau minyak naik nak bising apa hal...kereta beratus ribu boleh beli minyak naik 10 ke 20 sen bising macam bab*....malas nak cakap la..
kalau semua nak berkira lebih baik mati!
2 yg ad kete beratus ribu la..aq pkai kapcai jer aper citer??
keta beli skali, minyak isi hari2 der..ko darap la hari2 dgn 20 sen.
Post a Comment