Pages

Tuesday, July 12, 2011

Ujian


Baru-baru nie aku keluar menghidu hancing dunia bersama member-member celaka. Maunya xcelaka, kemain lagi janji nak kluar lepas jumaat pukul 2, tapi pkul 3.30 baru nak mengangkat bontot keluar rumah. Biasalah, memandangkan semua member-member aku tu melayu, hal-hal begini xberapa nak heran. “Nawaitu keluar berfoya-foya nie xpe kalau xsegerakan pun”. Itu alasan paling bajingan pernah aku terima sebab nak menutup perangai munafik mungkir janji. Hahaha ...Tapi xper, enjoy tetap perlu wujud dalam diari hari ini. 



Seminggu, siang dan malam aku hanya di wad 1 TD hospital USM, dikelilingi pesakit kanser buatkan aku rasa lebih bersyukur kerana aku bukan salah seorang dari mereka.Xpayah nak cerita, hospital bukan tempat yang menyenangkan bagi aku sebenarnya. Kerana memikirkan tanggungjawab, aku gagahkan juga. Dan kerana tanggungjawab itu aku mengenal kehidupan.

Kagum dengan ketabahan mereka juga melekat sedikit sebanyak dalam jiwa kosong ni. Mana xnyer, hari2 muntah, xboleh makan, xboleh bangun, sakit dengan kimo, operation, tapi sikit pun xmerungut. Aku pulak, calar sikit dah gelabah. Apa agaknya perasaan Wan??? Sebelah kanan aku, seorang perempuan, makcik   sairah namanya, yang xpunya anak dan suami terlantar kanser pankreas buatkan aku lebih menghargai manusia disekililing. Betapa bertuahnya aku punya mereka yang sudi bersama aku ketika susah dan senang. Aku harap punya ketabahan dan kekuatan seperti mereka.

Sebesar mana ujian yang tuhan bagi pada aku, besar lagi ujianNya pada orang lain. Cukuplah aku merungut sepanjang hidup ni, bukan pada kehidupan yang akan datang.  Aku juga harap Wan terus kuat dan tabah. Apa pun aku perlu sedia dengan segala kemungkinan walau aku tahu mana mungkin aku cukup sedia untuk kehilangan. Harapnya suatu hari aku sedar yang tuhan lebih sayangkan dia.

Aku enjoy diluar hari ini, macam mana agaknya keadaan Wan dirumah?? Namun dia kata "Pergilah, kamu juga perlu ada kehidupan, Wan xapa-apa"...      


p/s : apa yang lebih celaka hari ini, aku kalah teruk main bowling!!!!!

10 comments:

sarah said...

sebelum ni ko menang dengan jayanya ke men bowling?ahahaha btw betol la tu. bersyukur la dengan apa yang kita ada sekarang. terutama kesihatan yang baik. alhamdulillah

xynophillious said...

eh tgk org la..champion DDL kot..haha
2 la, nasib aku jauh lagi baek dr mereka..

this is a story about a girl... said...

ko mmg loser nab..men poker pon kalah..L L L L L

feyza said...

ak suka merungut

cmne nihh~~

xynophillious said...

@kak TK..alah br menang skali xpayah nak balagak sgt..2 pun nasib wan tolong..hahaha

@Miscellaneous..aq dulu pun kuat merungut. fikir saja ad hidup yang lebih teruk dr hidup kita..mungkin lps ni ko diam saja

CEOMesinTaip said...

erm orang tua mmg begitu tak mahu menyusahkan kehidupan sesiapa..nak² zaman skrg,..biar mati dirumah sendiri dari mati dirumah orang tua2...huhuhu

xynophillious said...

So true..nsb kita plak xtahu lg mcm mn nnti...

ghost said...

mereka tidak merungut kerna mereka telah lama sedar kalau itu yang harus mereka terima..

Anonymous said...

kesedaran, dan penerimaan, bisk dah nyatakan di atas.

xynophillious said...

yer, harus diterima dan yakin dengan ganjaran yang di-kemudian-kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...