kadang-kadang bila orang seperti kau menjentik perasaan manusia seperti aku, ianya terasa seperti dipijak lumat. ditikam-tikam. sampaikan nafas aku sependek nafas makhluk yang tersisa dengan separuh kematian. yang jengkelnya, engkau yang tak pernah mahu terima penolakan membuatkan aku tak berhenti memberi. kegagalan aku untuk terus berkata 'tidak' ternyata satu kelemahan.
Tapi sekarang, keadaan sedikit berbeza. aku nekad merajakan ego dan kau belajarlah terima 'tidak' selain hanya pandai menyebut. menurut kau, berkata 'tidak' lebih seronok dari menerima. sesungguhnya aku sedang menikmati keseronokan itu sekarang.
jangan sampai kau dah bosan menerima dan aku tidak lagi dipandang sebagai pemberi.