Pages

Friday, January 27, 2012

A word to learn


kadang-kadang bila orang seperti kau menjentik perasaan manusia seperti aku, ianya terasa seperti dipijak lumat. ditikam-tikam. sampaikan nafas aku sependek nafas makhluk yang tersisa dengan separuh kematian. yang jengkelnya, engkau yang tak pernah mahu terima penolakan membuatkan aku tak berhenti memberi. kegagalan aku untuk terus berkata 'tidak' ternyata satu kelemahan. 

Tapi sekarang, keadaan sedikit berbeza. aku nekad merajakan ego dan kau belajarlah terima 'tidak' selain hanya pandai menyebut. menurut kau, berkata 'tidak' lebih seronok dari menerima. sesungguhnya aku sedang menikmati keseronokan itu sekarang. 


jangan sampai kau dah bosan menerima dan aku tidak lagi dipandang sebagai pemberi.

5 comments:

ghost said...

nampaknya korang perlu punya komunikasi 2 hala..utk menyatakan suatu yang seharusnya dijelaskan.

xynophillious said...

hi ghost, lame xnampak ko kat twitter..=)

ghost said...

aku takde bahan nak twiit.. :)

nanti lar aku datang wilayah tuh.

Anonymous said...

Berkata 'tidak' itu kelemahan jika perkataan itu tidak mampu kita ungkap,
tapi jadi kelebihan apabila ia menjadi keseronokan, kehkehkeh.

xynophillious said...

@ghost : wilayah tempat aku mengarut dan cari teman maya..ceh..hahaha

@lucifer : a'ah la..seronok plak aku tengok die makan hati bila aku keep saying nononononono..kehkeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...