Kali ini aku nekad pilih jalan yang bukan selalu aku guna. Cari
manusia baru yang belum pernah simbah celaka dalam hidup aku. Belum pernah
kenal celaka aku yang hakiki. Sesat tu kadang-kadang boleh kasi ilmu kalau
yakin. Boleh kasi bahagia juga kalau mahu cuba. Kalau tak jumpa yang dua itu pun,
sekurang-kurangnya bawa aku lari dari derita. Itu yang paling nikmat. Cukup yang
satu itu untuk kecap syukur.