Pages

Monday, January 31, 2011

Critical situation

Selain fail masak nasi even guna rice cooker, aq juga fail nak tenangkan hati mak ngan ayah aq yang tengah berkecamuk risaukan keadaan adik aq kat mesir. Bertambah-tambah merisaukan lagi bila adik aq 2 perempuan n duduk kat tempat paling membimbangkan, Sayyeda Zainab, Cairo. Dah la nasib student Malaysia xtau macam mana lagi nie. time nie communication technology dah xbermakna coz internet n talian telefon dah ditutup. Last mak aq videochat ngan adik aq, Rabu lepas. Pastu dah xleh nak contact sebab semua talian dah ditutup. But semalam ayah aq dapat contact no celcom die, everybody seem get a little bit relief.




Nie aq nak kongsi situasi bila ada family duduk kat tempat bergolak.
  1. Tepat pukul 8 malam, semua berkumpul depan tv, tgk berita perdana. Padahal selama nie, time macam nie semua betapa dalam bilik masing-masing.
  2. Hari-hari search internet cari news pasal tempat bergolak 2.
  3. Bila dengar ramai dah yang mati, jantung mula la nak melompat keluar.
  4. Keep calling them in any ways yang terlintas kat kepala otak.  
  5. Xkisah berhabis buat roaming call, sebeb dah xder cara lain nak contact. Dapat dengar suara pun dah kira ok.
  6. Laptop ayah aq mesti on 24jam mn la tau tetiba internet dah disambung kat sana n dapat video chat ngan org kat sana. Laptop aq n PC xyah citer la, mmg on 24 jam pun slama nie.
  7. Risaukan bekalan makanan bila perintah berkurung diishtiharkan.
  8. Risaukan keselamatan sebab banyak jenayah jalanan.
  9. Maki hamun Husni Mubarak sebab gila kuasa.
  10. Keep wondering kenapa kerajaan Malaysia still xambik tindakan kat student kat sana. (menurut adik aq, die still xdapat nak contact ngan kedutaan Malaysia).
  11. Bila kat tempat keje asyik ngadap jam kira time nak balik umah. Mn la tau dapat ape2 berita dari kedutaan ker, or dari mana-mana NGO. Maybe diaorang call umah ker aper. Xsaba nak balik umah gak sebab nak search internet.
  12. Pepagi plak, ada la yang lebam bijik mata sebab xdapat tido smalam, byk pikir. Nie slalunyer jadi kat kaum ibu la. Xterkecuali mak aq.
  13. tel rumah n nset asyik ringing xbrenti sbb dapat call dr sedara mara yg nak tau perkembangan.

Ape yang boleh aq buat, just keep praying for their safety. Hope nasib student Malaysia kat sana terbela. N aq juga harap  adik aq n student Malaysia kat sana bleh tahan ngan critical situation nie.


Friday, January 28, 2011

past or future ???


Jika langit tak secerah hari sebelumnya, awan tak seindah biasanya, ataupun sang mentari tak menampakan sinarnya, bukan bererti hari tak kan berganti. Ya hari tetap akan datang walaupun hujan lebat mencurah-curah + petir berdentum-dentum macam langit nak runtuh. Eh kejap, ape yang aq mencarut nie. owh nie mesti sebab hari hujan + cuaca sejuk. Otak aq pun xterkuali membeku dibawah paras bahaya dan aoutomatik jadi lembab selembab kura-kura di gurun Kaktoa.


Sempena meraikan hari hujan dan cuaca sejuk aq nekad untuk bergulung dalam selimut dan bergolek-golek atas katil. Aktiviti sebegini amatlah baek untuk generate kepulan awan-awan impian dari kepala otak beku aq. Ahhhh payah no nak paham, BERANGAN la senang citer. Sory yer, aq pun xtau ape dah jadi dengan bahasa aq yang tersangatlah melayu mengalahkan A.Samad Said hari nie.

Ape yang aq angankan..??? Aq berangan nak kembali ke masa lampau. Ape?xlogik.. dah name pun berangan, biar r up sket. Aq nak pegi balik zaman aq kanak-kanak. Boleh wat perangai xbrapa nak senonoh sebab masa 2 xtahu malu lagi. Boleh maen jer, xyah nak risau sal assignment, projek, CGPA,practical yg ntah pape n segala bagai 2. Tapi bila difikirkan balik, agak xberguna bila balik pada zaman kanak-kanak. Sebab pada zaman nie, adalah zaman keseronokan semata-mata. Xder life. Tau makan, berak, maen n tido jer. xde challenge langsung.


So aq up sket, aq nak kembali ke zaman high school. Aq nak ubah banyak benda. Aq nak masuk sekolah berasrama, so aq maybe jadi baek skit. Aq nak masuk balik sport yang aq xberpeluang nak masuk. Aq nak study jer sepanjang masa so aq bleh dapat straight A. Aq xnak dikenali dikalangan guru sebagai budak nakal, suka merayau, ponteng klas 2 xder hal bagi aq. Aq nak terima balik tawaran jadi prefect sebab untuk budak nakal cam aq mmg banyak advantage. Aq xnak gaduh ngan budak laki kat koridor. Aq xnak kacau member2 klas aq time diaorang study. Aq xnak tumbuk S**** sebab die ejek aq. Aq xnak sepak-sepak kaki budak laki bila aq xpuas ati ngan diaorang. Aq xnak buang masa lepak kat blakang klas time cikgu xder. Aq xnak kena denda depan assembly sebeb macam-macam sebab. Aq xnak g panjat menara tangki air semata-mata nak tengok view sampai tangan aq berparut luka kena kaca. Aq xnak……… ah banyak la klau nak citer benda-benda xbrape nak baek aq dah buat.

Tapi, kenangan 2 terlalu indah untuk diubah. Well, everybody wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting. Kenangan 2 gak la buat aq tersengih sorang-sorang macam penghuni tetap hospital Permai Baru. Kalau aq xbuat semua 2, ape kenangan yang aq ada?? Nak jadi budak perampuan yang polite, jumpa cikgu bagi salam n tunduk, duduk dalam kelas diam-diam n study jer, time recess pegi kantin pimpin tangan, wth???? Xder life langsung. Aq rasa xberbaloi untuk kenangkan benda macam 2.

So aq xnak lagi kembali ke masa lepas. Aq nak stay pada masa sekarang n kenangkan keindahan masa lampau, dan cipta kenangan baru untuk masa depan. Aq tetap nak jadi aq yang sekarag, nakal, happy go lucky, simple, easy going n little bit optimistic sometimes…. 



p/s : Budak-budak yang aq slalu bertekak kat depan koridor n slalu aq sepak kaki diaorg lah member-member kamcing aq . Budak-budak yang slalu merayau n lepak kat blakang kelas ngan aq semuanya lepak kat U skang, ad yg pegi oversea lg. So sape kate budak nakal xder masa depan..???

Sunday, January 23, 2011

antara kehendak,kemudahan & keperluan

Dizaman epal dan balackberry dah xboleh dimakan n redbull dah boleh sumbat dalam peti ais serta buku xpayah nak belek lg aq rasa nset bukan lagi satu kemudahan tapi keperluan. Kenap? Kenapa? Kenapa? Sebab ketiadaan handset buat aq rase macam orang bodoh lagi bangang sepanjang hari. Aq bukan nak mencapap tentang aktiviti harian aq yang xmenarik langsung kat sini, tapi nak sruh korang jangan buat benda nie klau xnak hidup susah, mati xcukup amal lagi..


First of all, cerita bermula pada pepagi buta. Aq call office ckp g lewat sket sbb nak pegi bank. Walaupun aq nie budak praktikal jer, aq rajin tau, even ad hal aq ttp g office. Then ayah aq pun hantarkan. Memandangkan ayah aq pun banyak keje berfaedah lagi nak buat selain buang masa tunggu aq setel hal bank aq, die pun blah dulu, then bila aq dah siap call je, then die datang ambik. Ok, setelah menunggu turn sampai 2 jam, selesailah hal aq kat bank. Aq pun bukak ler beg nak cari handset nak call ayah. Belek punyer belek, xjumpa. Aduh, tertinggal ker kena cilok waallahualam….

Then aq pun bergerak ler nak cari public phone. Sebelum 2 g tukar syiling dulu kat kedai amoi jual slipper. Tapi malangnyer setelah jauh menapak n 3 public phone dah aq singgah semuanya haram. Ad yg terburai perut, patah tangan n macam2. Ad plak yg xpuas ati ngan aq siap sound2  ag “kecemasan sahaja”. Aq tengah kencingmasam kecemasan la nie wei. So aq pikir, baek aq naik teksi jer pegi pejabat, then bila sampai sana guna phone office call ayh aq nak cakap aq dah slamat sampai office. Menapak lagi pegi pot teksi.

Lebih kurang kul 12.50p.m aq sampai office. Fuhhh lega…. Eh salah, malapetaka. Pe hal plak office tutup nie. OK…OK… relex, diaorang g kuar makan kot. Tunggu, kejap ag bukak r 2. Tunggu punyer tunggu then tunggu lagi dan lagi. Sampai lah kul 2.00p.m. memang sah xder orang nak masuk office ari nie. argh bengangnyer aq. So, ape aq nak buat nie. ok, tunggu teksi then balik tido. Habis citer.


Tapi blom nak ditakdirkan citer habis semudah itu. Teksi memang dah boikot aq secara besar-besaran agaknya. Ape la salah aq. xder 1 pun teksi yang kosong lalu setelah hampir sejam aq tunggu. Pilihan terakhir, pegi tebalkan muka kat kedai makan yang aq slalu makan lunch kat situ then pinjam handset mak cik tokei kedai. Owh damn, malu siot, tapi nasib baek mak cik 2 baek ati n paham situasi. Pas2 aq pun call la ayah aq sruh datang ambik. Lagi jem ayah aq bleh gelak dalam keta. Aduh mmg supportif.

Bila sampai rumah pukul 3.20p.m, handset aq ngah bersenang lenang lepak atas katil. Ad 5 misscall dr office n 2 mesej. “kat office xder letrik, so xpayah la datang yer. Kitaorg semua dah nak balik nie”. mesej diterima pd 11.34a.m. arggghhh tension. So aq xkan rasa nak lempang-lempag  ag anak bos yang tadika 2 pakai N85 tayang-tayang depan aq n pandang aq dengan pandangan penuh persoalan “ko ada???”.

Friday, January 21, 2011

pranks not always fun..!!!

sape yang suka pranks2 org sila tengok video nie. DAHSYAT!!!!


video

Thursday, January 20, 2011

Orang akan jadi annoying bila...(2)

Nie aq nak citer lagi pasal manusia annoying yang aq jumpa. Nie sambungan entry aq yang lepas sebenarnya. Tapi bila aq ingat balik, annoying yang kat entry 2 lg mengengat kot. Tapi pape pun, layan jer r. aq dah xder idea nak update nie. 



Terlalu dependent

Orang yang terlalu dependent sangat la menjadi masalah pada diri sendiri & orang laen. Sampai bila la korang nak mengharapkan orang laen tuk setelkan hal-hal harian korang. Dependent pada aq bukanlah selalu berkepit ngan member2 kalau nak pegi mana @ xpernah nak jalan sorang-sorang. Itu normal namanyer. Tapi yang terlalu dependent nie macam, takut sangat nak buat hal sendiri. Nak pergi kelas xboleh sorang2, nak makan kena ada teman sampai sanggup xmakan kalau kena pergi café sorang2. N aq pernah ada roommate yang macam nie. Sanggup xmakan kalau aq malas nak pegi café ngan die. i don't give a shit time die bagi hint  lapar macam ckp sorang2 "eii laparnyer" n call balak die pastu cakap "I lapar la, blom makan lagi. xder orang nak temankan g cafe". ewwww naseb jer aq xmuntah ijau kat c2.  2 bukan jer jadi masalah kat orang laen, lebih bagi masalah kat diri sendiri namenyer. Kalau semua member ko ada hal sendiri sape nak tolong korang. “balak aq la”, ok fine ko ada balak. Pegi la depent kat die.



Gelak overbroad

Tolongla jangan nak wat hal. Lagi2 depan public. First, klau korang pergi tempat yang kebanyakan orang yang korang akan berkemungkinan akan berjumpa dengan mereka over n over again (library @ café kat kolej contohnye) please don’t do such a ridiculous things like this. Lagi-lagi kat library, aq rase nak backhand jer dengan spesies manusia yang xreti nak bace signboard “TOLONG SENYAP” yang dah terpampang hampir-hampir cecah dahi die. Tolong la jangan buat tempat orang nak bersenag lenang jd korang punyer abah punyer kedai kopi. Gelak mengekek macam Pontianak desperate nak cari laki.

Blagak macam tahu

Nie lagi satu hal yang jangan dibuat kalau xnak dapat malu free. Untuk pengetahuan semua, orang yang blagak macam tahu nie, senang citer blagak pandai akan membuatkan diri die sangat la bodoh dimata orang yang xbrape pandai tapi pandai sket dari die. Apetah lagi dimata orang yang memang pandai. Agak-agak kalau kita cakap pasal computer dengan Bill Gate ape reaksi die??? xker die gelak guling2. Nie aq ad satu citer.

2 org  lelaki g interview nak jadi sales man. Pihak company nak pakai 1 jer tp xtau nak pilih yang mn. So manager company 2 buat satu contest. 2 org lelaki nie diberi thermometer sorang 1. Manager 2 bagi masa 1 jam tuk bagi jawapan berapa tinggi bangunan yang diaorang duduk skang.

After 1 jam

Manager : dah ready dengan jawapan masing-masing???

Sales man 1 : dah tuan. Saya menggunakan formula addmath yang digabungkan dengan fizik. Memang agak susah cara pengiraannya. Jawapannya ialah bangunan 2 berketinggian 2 tingkat.

Sales man 2 : saya datang untuk interview jadi sales man. So ape yang saya perlu tahu hanya macam mana nak lariskan produk yang saya jual. So untuk dapatkan jawapan saya pergi bertanyakan kepada pekerja bangunan dan die bagitau bangunan nie berketinggian 12 meter encik. Saya bagi thermometer 2 sebagai tanda terima kasih  kat pekerja 2.

Korang agak2 sape yang dapat kerja 2..??? offcoz ler sales man 2. 

Moral of the story, jgn terlampau berlagak pandai sampai tunjukkan kebodohan sendiri.

Sunday, January 16, 2011

Rase nak lempang-lempang


Ape perasaan korang bila……

  1. Bila time starving giler xmakan 3 hari then bila dapat makan dengan lahapnyer tetiba tergigit lidah sendiri sebab lupa nak bace bismillah. Patut x lempang diri sendiri
  2. Time baru nak lelap sebab letih nak terbunuh then ada orang ketuk pintu bilik, “nak pinjam iron…..” memang la nak kena pelempang aq.
  3. Time pepagi buta kena bangun, mandi ice n dah bersiap tinggal tunggu pakai kasut jer nak kuar bilik g kelas then ada manusia mesej kelas batal. arghhhhhh......
  4. Time perut dok play lagu nirvana, menapak jauh giler nak melantak then bila sampai jer kedai tutup.
  5. Time tengah download citer fav guna regular download, setelah tunggu setengah mati n punyerlah xcited sbb tinggal lagi sikit lagi nak siap tetiba line tenet terputus. Hangguk punyer UTM
  6. Time shopping bekalan hidup kat supermarket penuh troli, kena beratur panjang untuk bayar then bila sampai turn nak bayar baru sedar wallet tertinggal @ duit xcucuk lagi. Aduh aib siot.
  7. Time syok cuci mata kat mall, lepak dengan bergaya macam aq sorang paling cute kat c2 tetiba terseremapak dengan satu manusia yang pakai baju sama. rase macam nak sorok muka bawah tapak kasut tang 2 jugak.
  8. Time tengah semangat gila babi nak siapkan assignment n dah separuh siap dah pun tetiba blackout. Memang dapat dosa kering maki hamun TNB.
  9. Time tengah syok-syok mandi lepas jog, badan penuh sabun n shampoo then buka shower tettttttt xder air. Memang SYABAS aq ucapkan.
  10. Time dah xtahan giler nak melepas terkejar-kejar pegi toilet then bila smpai toilet ada manusia laen dok betapa kat dalam 2 @ panjang giler kena beratur untuk take turn.
  11. Rase penat giler tapi xleh tido sebab terlebih caffeine…
  12. Time korang semangat giler nak study, tengok line tenet laju giler padahal sblm nie macam kura-kura xcukup zat.
  13. Time lapar giler tapi duit dah kering then bila pegi ATM, ATM rosak. Memang nak kena bakar benda alah nie.
  14. Time tengah mimpi syok pukul 4 pagi tetiba alarm roommate  berbunyi n dah 3,4 kali snooze die pulak tido mati xreti nak bangun offkan. Memang ad yang nak mati kena bunuh karang.

Thursday, January 13, 2011

Budak kecik xpatut pakai handphone...!!!!


Waktu tengah hari yang begitu membosankan di office, aq seperti biasa betapa tanpa goyah di meja aq. konon-konon busy buat keje padahal sebok maen game. So kalau bos lalu pun die mungkin akan menaikkan lagi index komposit aq dengan memuji didalam hati. Silap-silap hari bulan boleh jadi menantu. Huh jauhnyer berangan. Lepas waktu rehat tengah hari bos masuk pejabat dengan membawa anak ayam beliau yang baru balik dari sekolah tadika. So itu petandanya bos akan keluar lagi untuk hantar anak die balik rumah n may be xmasuk pejabat sampai petang. Heaven!!!

Anak die memang la comel putih melepak + pakai tudung saji. Budak-budak pakai tudung memang nampak comel. Dok tengah maen sengih2 ngan die (moga-moga die puji aq depan bos) tetiba bunyi azan. Aq mula la rase nak kiamat ker aper, azan pukul 2.30. Zohor dah lepas n asar lambat lagi nak masuk. Tetiba budak nie berlari-lari pegi kat beg die n ambik sesuatu. Rupanya ringtone phone die. kecomelan budak nie mula hilang dari pandangan aq bila aq tengok handset die lagi mahal dari aq punyer, even bapak aq pun xpakai handset mahal macam 2. Colour pink lagi, jelas menunjukkan kecomelan die bersama handset die. Fuhh jeles giler aq. aq dapat handset pun time form 2 ker form 3 aq dah lupa. 2 pun aq beli pakai duit sendiri lepas pow sana-sini. Nasib baek budak nie xbawak xperia @ iphone 4. Kalau x memang lunyai budak nie aq kerjakan. Tapi N85 die sudah cukup buat aq jeles habis.

Aq mula bayangkan, kalau anak die yang baru tadika nie boleh bawak N85 g sekolah cam mn ngan anak die yang sekolah rendah n sekolah menengah???mesti lagi up. N xmustahil anak die bawak mini cooper pergi campus. Bapak die pun selalu tukar-tukar keta bawak g pejabat. Kalau aq jual keta bapak aq, agak-agak nset aper yang aq dapat beli ek?? Boleh dapat iphone 4 x??? Boleh r aq blagak ngan budak ni plak. Argh kepala aq dah tumbuh tanduk..!!

Tapi satu je yang aq xpuas ati, macam 2 punyer kaya xleh nak bagi sikit pun elaun tuk budak intern cam aq nie. Conclusion nyer orang kaya memang kedekut!!!!   

Wednesday, January 5, 2011

Dirty devil

Agak-agak ada x tenuk buat setinggan kat celah-celah blog aq nie??? lame sangat aq xjenguk. Maklumla aq kan dah berkerjaya skang nie. Banyak masalah Negara kena pikir. Najib nie pun 1 hal, semua keje nak bagi kat aq. Ish, macam dah xder orang laen yang boleh diharap dah kat parlimen 2. Ok la, nnti aq sambung berlagak laen kali plak.

Hari nie aq bersenang lenang dirumah jer, xpg keje. Ponteng skali skala ape salahnye. Budak intern cam aq nie xder orang nak ambik pot r kat office 2. Ok lupakan pasal office. Nie aq ad satu cerita menarik nak gtau.
Ape yang kita tahu, dalam diri manusia nie ada 2 personaliti. Persenaliti yang baek, aq panggil malaikat n personality jahat aq panggil setan. N macam biasalah malaikat ni akan pikir untuk kebaikan n keuntungan kita, personality setan ni pulak dok create nafsu yang boleh puaskan hati manusia. Meh aq citer sikit aper function 2 personaliti nie.


Malaikat akan nampak sayuran n buah hijau, merah biru n macam2 colour kat bumi tuhan ni sangat la berguna n berkhasiat untuk tubuh badan manusia. So boleh la manusia hidup lama dengan sihat walafiat. TAPI, setan gunakan semua ciptaan tuhan kat atas untuk cipta ice-creame, donat dengan coklat meleleh-leleh kat atas die pastu die buat pulak pizza extra cheese dengan xder charge untuk cheese. So manusia pun makan ler dengan lahapnyer, then naik le 10 pound.

Malaikat nampak white yogurt kat supper market, so boleh la diet lepas dah sedar diri gemuk lahap segala benda kat atas. TAPI setan nampak gula n cream. Pergh sedap klau campur ngan yogurt. Xkan nak makan yogurt yang masam cam 2 jer kan. So, bertukarlah saiz baju dari M ke XXXL.

Malaikat sruh try salad yang fresh. TAPI, setan hidang ngan buttery croutons n garlic toast kat sebelah tambah lagi dessert kek coklat. Huh good bye salad.

Malaikat pegi beli sayur ngan olive oil kat kedai Pak Abu tuk masak makan malam, TAPI setan ternampak chicken chop kat kedai mak minah. Alang-alang dah ada yang siap, wat per nak susah-susah masak dinner.

Malaikat g beli running shoes so that bleh la g excursive then lost extra pound. TAPI, setan nampak tv plasma nipis cam biskut ngan remote skali. Duduklah tegok movie n gelak golek2 depan tv n xpah nak susah payah lari-lari kalau nak tukar channel. Tekan jer. bertambah gemok la manusia. Dah la depan tv makan potato chip yang dipotong nipis, digoreng rangup n ditambah macam-macam perisa.

Malaikat pegi beli daging lembu nipis tanpa lemak. Ok la nak naikkan selera + xder la banyak sangat calories. TAPI, on d way setan nampak McDonald, ada Bigmag, burger ngan 2 slice daging n cheese. Casher 2 siap tanyer ag “nak fries skali x” n kepala otak setan jawab “Yes, large size yer”. Lepas 2 manusia pun kena lah cardiac arrest.

Kepala otak malaikat cipta bypass surgery then setan cerate private medical insurance..!!!

Saturday, January 1, 2011

Azam..????


Happy new year. Orang laen sibuk dok post pasal tahun baru, so aq pun xnak ketinggalan. 1.1.11, lawa tul tarikh nie, klau aq ad balak confirm aq ajak die kawin ari nie. Malangnya,xder. Tapi 1 jer yang aq sedar bila masuk tahun baru nie, aq malas betul nak jawab soklan stereotype “Ape azam kau?”. Sebab aq memang xder jawapan tuk soalan yang paling mencabar minda mengalahkan soalan Fizik yang aq pernah fail nak jawab depan lec. Aq xnak berazam. Sebab kalau aq berazam, aq cuma pikir nak capai Azam aq jer. Macam mana dengan Mail, kesian die. Terpaksa aq abaikan.

Ok serius, sebenarnya aq pikir kalau aq xberazam, dalam xsedar aq dah buat banyak perkara dan banyak perkara gak yang aq capai. Dan kalau aq berazam, aq akan berpuas hati kalau aq dapat capai azam aq. 2 pun kalau tercapai, kalau x, kecewalah aq…. so, aq pilih untuk live through the flow n capai banyak perkara.

p/s : Kalau xpaham, abaikan jer la. Aq pun tengah lalok nie. ngantuk….hahaha   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...