Pages

Monday, March 21, 2011

Terdesak nak update


Selain berjaya meningkatkan kadar bil elektrik secara drastic dan mendadak serta meningkatkan kadar kekerapan pembelian beras mencanak-canak dalam masa sebulan, aq juga berjaya meningkatkan komuniti tikus dan lipas dalam bilik aq sendiri. Malaun pemalas-nak-kemas-bilik macam aq nie memang sesuai hidup dengan pet yang sebegitu rupa. Memandangkan lagi sikit taraf bilik aq nak naik pangkat ke kandang tenuk, aq xperlu berusaha giat sangat. Xlama lagi adalah pet baru nak singgah dan terus bermastautin kat sini. Jangan ko xtahu, kat sini memang rumah kebajikan binatang yang xcukup kasih sayang. Kalau WWF nak joint venture, aq xder masalah.

Eh tapi aq heran kenapa tetiba aq nak cerita pasal charity dengan haiwan bagai nie? nampak sangat otak aq sedang menjalani proses decomposition.

nie bukan tenuk yer. nie sepupu sebelah ayah tiri mak angkat dia

p/s : yang sebenarnya aq sangap nak berblog tapi idea tercicir kat landasan keta api. kena gilis, mati penuh aib. kepada hanip, teruskan berjuang demi kebenaran.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...